Thursday, June 20, 2013

MOM tukar lokasi Larian Hari Olimpik dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok.. Konspirasi apa ni??


Konspirasi nak memburukkan Pakatan Rakyat lah ni.. sebelum ini Larian Hari Olimpik anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka tetapi tiba-tiba ditukar ke Padang Merbok tempat perhimpunan Black 505 akan diadakan..

Dari apa yang tersiar dilaman FaceBook MOM.. "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

"Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga kepala hotak depa...

'Konspirasi' tukar tempat larian olimpik?

Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak.

Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat.

Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar.

"Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

"Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka ~ Malaysiakini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular