Saturday, June 22, 2013

#Black505 : Ribuan mula berkumpul di 7 lokasi


KUALA LUMPUR 22 Jun: Ribuan rakyat mula membanjiri tujuh lokasi yang ditetapkan sebelum bergerak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghadiri Himpunan Black 505 yang dijadual petang ini.

Tujuh lokasi tersebut di Jalan Pekeliling, ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Di Masjid Negara, keadaan mulai sesak dengan orang ramai yang sebahagian besar berpakaian hitam sejak pagi tadi.

Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barangan seperti baju-T, makanan dan minuman.

Bagaimanapun, Dataran Merdeka ditutup oleh pihak polis bagi menghalang orang ramai menggunakan lokasi itu sebagai tapak berkumpul.

Manakala ratusan mulai berkumpul di Brikcfields, di sekitar Jalan Tun Sambanthan.
Di Jalan Sultan, peserta telah memenuhi bahu jalan dan dianggarkan melebihi 1000 peserta sekitar jam 12 tengahari.
Mereka meminta kerajaan tidak memusnahkan bangunan bersejarah di Jalan Sultan, selain membantah penipuan PRU ke 13. Lalu lintas mulai sesak ekoran semakin ramai ramai demonstran.

Di Jalan TAR, ratusan peserta dilihat berkumpul di kawasan masuk ke pusat membeli belah Sogo. Para peserta juga sudah ramai berhimpun di depan Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut.

Manakala lokasi kemuncak Black 505 iaitu Padang Merbok, suasana mulai meriah sejak jam 10.00 pagi dan kenderaan dilapor bergerak lancar di Jalan Parlimen bersebelahan tempat himpunan itu.

Jalan-jalan lain sekitar seperti Jalan Sultan Salahhudin, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu juga dilapor tidak berlaku kesesakan teruk. Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan, Manakala para peniaga tidak melepaskan peluang menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain. Keadilan Daily

Lagi Gambar2 Black505 di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular