Pakcik ini ditetak dengan kejam ..
Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.
Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.
Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K.
Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.
Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment