Thursday, November 1, 2012

Punyalah BENGAP bertingkat PERKASA ni..

Tak tau apa isu tapi nak bercakap jugak lepas tu kata org tak dak idea.... Bengap tak boleh ditumpang.... 

AES yg dilaksana la ni mmg dalam tempoh percubaan.. tapi dlm percubaan pon JPJ keluaq saman jugak... itu isunya mangkok tingkat wey... tak tau jgn cakap la...Zul Hazmi
AES: Pelaksanaan perlu diberi tempoh percubaan
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang diberi tempoh percubaan selama tiga hingga enam bulan terlebih dahulu sebelum kerajaan meneruskan pelaksanaannya secara menyeluruh.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran menangguhkan pengeluaran saman terhadap pengguna lebuh raya dan jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan menerusi AES sepanjang tempoh percubaan itu.

Menurut beliau, kerajaan perlu memanfaatkan tempoh percubaan tersebut untuk mengkaji sama ada pelaksanaan AES berkesan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

‘‘Saya berharap kerajaan melihat semula beberapa aspek berkaitan penguatkuasaan peraturan lalu lintas khususnya berhubung keperluan menaikkan had laju di lebuh raya kepada 120 kilometer sejam.

‘‘Perkasa bersikap positif tentang pelaksanaan AES dan menganggapnya sebagai usaha kerajaan untuk mendidik orang ramai agar memandu secara lebih berhemah di jalan raya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas tentang AES yang didakwa pelbagai pihak mempunyai banyak kelemahan dan mendesak supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaannya.

Beliau turut menyifatkan tindakan pembangkang meminta orang ramai agar tidak menjelaskan bayaran saman untuk kesalahan yang dikesan melalui AES sebagai satu cadangan yang bersifat populis.

‘‘Nampaknya pakatan pembangkang kini kekeringan isu menyebabkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai. Bukan sahaja isu AES, semua perkara hendak dipolitikkan oleh pembangkang," ujarnya.

Menurut Ibrahim, kerajaan pasti mempunyai asas kukuh untuk melaksanakan AES berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian di negara-negara maju yang sedang menggunakan sistem berkenaan.

Jelas beliau, pelaksanaan AES sebenarnya membuktikan kerajaan tidak mementingkan populariti politik dan Perkasa mengambil pendirian tidak akan terikut-ikut dengan gelagat pembangkang yang hanya berminat untuk mempolitikkan isu tersebut. UM

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular