Saturday, November 3, 2012

Mat Sabu: PR teruskan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok

Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) tetap dengan pendirian mahu mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok walaupun mendapat tentangan beberapa pihak.
Berikut adalah maklumat ringkasan tentatif bagi aktiviti 3 November;
12.00 Tghari: Berkumpul di Dataran Senawang
12.30 Tghari: Siaran Langsung Acara HKR Tersebut Bermula.
3.00 Ptg : Berkumpul di Stadium Paroi
3.15 Ptg : Konvoi HKR Bermula
4.15 Ptg : Konvoi berakhir di tapak program
4.30 Ptg : Karnival Rakyat bermula
7.00 Ptg : Rehat Maghrib
8.30 mlm: Kemuncak siri-1 Himpunan Kebangkitan Rakyat

Bagi Tatapan Rakyat Di Seluruh Negara. Siaran secara LIVE ini boleh diikuti dari pautan : http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat dan sebuah lagi pautan alternatif https://new.livestream.com/accounts/1848610/KonvoiHKR

Peta Tapak Lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Tarikh: Sabtu 3 November 2012
Masa: 3pm - 12pm
Datang beramai ramai dengan baju KUNING untuk BERSIH, JINGGA untuk FELDA, MERAH untuk ROYALTI dan HIJAU untuk LYNAS.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, PR tidak akan berganjak daripada pendirian meneruskan perhimpunan tersebut demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, perhimpunan tersebut adalah kehendak rakyat dan PR sebagai pelaksana program akan bersama mereka untuk menjayakannya.

Tambahnya, "seperti biasa, kita akan tetap buat himpunan itu pada tarikh dan masa ditetapkan."

"Kita tahu ramai yang menghalang, tetapi perhimpunan ini adalah kehendak dan permintaan rakyat, jadi kita akan jayakannya.

"Itu kata mereka (pertubuhan badan bukan kerajaan), tapi kita akan buat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu di Negeri Sembilanesok.

Dalam pada itu, DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin menyatakan pihak penganjur telah memenuhi syarat yang dikehendaki polis dan isu perhimpunan itu haram serta melanggar akta tidak timbul.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, perhimpunan pada kali ini akan dilakukan dalam keadaan aman jika tiada provokasi yang dilakukan oleh pihak luar seperti Himpunan Bersih 3.0, April lalu.

Beliau berkata, PR berharap pihak penguat kuasa polis akan memantau keadaan supaya tidak berlaku kekecohan dan perkara yang tidak diingini.

"Kita memang akan buat perhimpunan ini dengan aman dan sentiasa, kita ada polis," katanya. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular