Wednesday, October 31, 2012

Alamak Menteri UMNO yg jaga agama sokong syiah???

tahukah anda pak jamil telah mengeluarkan kenyataan yg sgt bengap sekali,,mengatakan syiah boleh mengamal tetapi larang sebar kan,,bertepok tangan syiah di malaysia ni ,,sbb boleh mengkafirkan para sahabat nabi dan mencela isteri nabi termasuk mengkafirkan sunni,,sbb ito amalan syiah,,

ni la hasil selama 55 tahun umno merintah di malaysia,,isu al aqram di haramkan,,isu mamali di bunuh,dan sumbat ke dlm isa,,isu syiah buat dont no,,,,,
Kenyataan sebegini mempunyai kesan negatif terhadap usaha membanteras dan menyekat ajaran syiah di Malaysia. Apa guna fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan dan negeri jika penganut syiah dibenarkan bebas beramal dengan ajaran mereka?

Kenyataan sebegini menunjukkan menteri berkenaan memandang remeh isu syiah.

Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa: Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

Perhatikan pada perkataan DIMANSUHKAN itu. Ini jelas bahawa kini di Malaysia, kesemua fahaman Syiah termasuk Syiah Al Ja'fariah dan juga Syiah Az Zaidiyah adalah TIDAK DIBENARKAN / TIDAK DITERIMA untuk diamalkan di Malaysia. Bukan sahaja tidak dibenarkan dan tidak diterima untuk disebarkan tetapi langsung tidak di boleh diamalkannya samaada Syiah Zaidiyah atau Syiah Ja'fariyah.

Novel yang dilancarkan perdana menteri dikaitkan dengan fahaman Syiah - Sumber. Sila Rujuk Fatwa Majlis kebangsaan diatas (Perkara No 7) 

Kerjasama Malaysia dengan Syiah (IRAN)

Adakah Syiah lebih teruk daripada UMNO atau UMNO lebih teruk daripada Syiah? Baca SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular