Friday, November 2, 2012

Apa!! Milea Aimilia Jadi Bini No 2 Khairy Jamaluddin???


Milea Aimilia, entah pelakon mana satu tetapi satu ketika dulu namanya pernah hangat gara-gara kontroversi video lucah.

Memetik kenyataan mStar Online, gadis 19 tahun ini berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpoligami.

“Entah kenapa saya memang cukup tertarik dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan KJ.

“Malah saya sedia hidup bermadu seandainya takdir ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.

“Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah,” kata Milea Aimilia kepada portal tersebut.

Bagaimanapun tambah Melia, walaupun tidak kisah dengan cara hidup berpoligami, namun dia sering menasihati dirinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.

“Ibu saya selalu berpesan, walaupun dia tidak kisah dengan siapa jodoh saya nanti tidak kiralah lelaki bujang, duda atau suami orang, tetapi dia memberi amaran supaya tidak menggatal dengan orang”, tuturnya yang turut mengelak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon filem Karipap-karipap Cinta ini juga memberitahu dia pernah di dekati empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk. - Sumber

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular