Wednesday, October 31, 2012

Lawak paling BANGANG oleh PEMUDA UMNO!!!!! Kesian la wey!!! Pasai pa nak tangguh???


Penangguhan AES menunjukkan " akal umno berada di tumit PAS " !!....mana pi pemuda UMNO yg sebelum ni melompat mempertahankan kewajaran AES ?

..sombong dan lupa kuasa rakyat lebih kuat..meraba-raba cari kekuatan utk hadapi pilihanraya tapi akhirnya dgn AES, umno diludah rakyat !- Myba Sidamimisri
Tangguh pelaksanaan AES
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan serta mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana mendapati banyak kelemahan dalam pelaksanaannya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian semula itu perlu bagi memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami mendapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaannya yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah kawasan.

"Mempertimbangkan pandangan-pandangan berkenaan, Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES dan kami berharap Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini dapat membincangkan tentang perkara ini dan dapat memberikan keputusan atas permintaan serta desakan kami," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Pada 10 Oktober lalu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Dewan Rakyat bersetuju untuk meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula penggunaan AES bagi tujuan mengurangkan kemalangan jalan raya.

Mengulas lanjut Khairy berkata, desakan itu yang dibuat bukan bermakna Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan usaha dalam menjadikan jalan raya di negara ini selamat sebaliknya bagi memastikan langkah yang diambil mencapai matlamat.

"Sekiranya AES mahu dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlu terlebih dahulu mengkaji semula lokasi-lokasi, had laju dan mengadakan publisiti serta memberikan pendidikan kepada umum.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya. - Utusan Meloya

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular