Friday, November 2, 2012

Berita GempaQ!! pengerusi Biro Parti Gerakan baru Sedaq dari "KOMA"..

GERAKAN: AES 'banyak kecacatan', perlu kaji semula.. Laaa baru Sedaq ka????
Parti GERAKAN menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat.

Seorang pengerusi biro parti itu, Cheah Soon Hai berkata, sistem yang mengalami "banyak kecacatan" itu tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa walaupun sistem berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Tambahnya, keputusan kerajaan untuk terus melaksanakan sistem berkenaan merupakan langkah "tidak popular" dan menyebabkan begitu banyak aduan daripada orang ramai.

Malah, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem berkenaan.

“GERAKAN sendiri menerima begitu banyak aduan daripada orang ramai apabila mereka dikenakan saman

“Saya gesa menteri pengangkutan supaya menjalankan penilaian semuka ke atas AIS kerana ada banyak kecacatan dikesan di dalam sistem itu.

"Walaupun ia berniat baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, ia tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan. Mk

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular