Wednesday, October 31, 2012

KANTOI!!! AKHIRNYA MIC MENGAKU PROJEK KONDO DILULUSKAN PADA 2007 MASA BN MEMERINTAH.....KAHKAHKAH......

SENDIRI BERAK TENGAH JALAN SENDIRI BUAT KECOH, TUDUH ORANG...KAH KAH KAH
Kamalanathan: Liu bohong isu kondo Batu Caves

Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan mendesak Ronnie Liu supaya memohon maaf secara terbuka berikutan dakwaan exco kerajaan negeri Selangor itu yang mengaitkan beliau dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Kamalanathan menyifatkan dakwaan Liu bahawa beliau dan Pengerusi Gerakan Selangor Senator A Kohilan Pillay adalah antara anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu sebagai satu pembohongan.
"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

Kamalanathan mengulas kenyataan Liu baru-baru ini bahawa beliau dan Kohilan, yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu.

"Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Oktober lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan," katanya. - Bernama

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) SAHKAH PROJEK KONDOMINIUM BATU CAVES DILULUSKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN SELANGOR PADA TAHUN 2007!!!!!
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin Aala telah menafikan tuduhan UMNO/ Barisan Nasional bahawa Dolomite Park Avenue projek kondominium di Batu Caves telah diluluskan oleh kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MPS hari ini, Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa "Kelulusan Perancangan" yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada pembinaan setiap yang dianugerahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Sebenarnya, Perancangan. Kelulusan adalah kunci kepada pembinaan yang diluluskan.

"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya dianugerahkan pada tahun 2007, dan pembinaan siap lot kedai adalah fasa pertama. Fasa kedua adalah pembinaan unit kondominium, "jelasnya.

Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa projek oleh Dolomite Properties Sdn Bhd telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains semasa pemerintahan BN Selangor walaupun penolakan daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awal.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.

“Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Hujung minggu lalu, kira-kira 200 penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 200 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, Senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

SEKARANG TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!.. YANG BUAT KERJA DURJANA ADALAH KERAJAAN UMNO/BN YANG DIKETUAI KHIR TOYO DULU TAPI TUDUH KERAJAAN PKR/PR PIMPINAN TAN SRI KHALID YANG LULUSKAN..

KALAU BUKAN MENIPU DAN MEMFITNAH BUKAN UMNO NAMANYA. - Omakkau

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular