Wednesday, October 31, 2012

Tu dia bila kena kat PAHANG.. Kelantan????

adnan yaakob
Pahang dijangka terima 'royalti' RM100 juta setahun

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.


Adnan berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri Pahang.

"Insya-Allah kita akan gunakan wang berkenaan untuk pembangunan kepada rakyat, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum negeri Pahang anjuran Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Mengenai wang ehsan itu, Adnan berkata: "Kita memang menjangkakan akan menerima wang ehsan sejumlah berkenaan.

"InsyaAllah, belanjawan negeri Pahang selepas ini tidak akan mengalami defisit lagi," katanya.

Adnan berkata menerusi wang ehsan itu juga, kerajaan negeri dilihat akan lebih berdaya dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan rakyat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan pemberian wang ehsan itu," katanya. SH

Kalau dengan Kelantan,memang mereka suka berdolak dalih.. Tetapi bila Pahang didapati ada lubuk minyak... Terus diumum dapat bayaran RM 100 juta setahun walaupun pengeluaran bermula 2014...!

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular