Saturday, November 3, 2012

JADILAH PERDANA MENTERI MALAYSIA, BUKAN PERDANA MENTERI PAHANG! BERIKAN ROYALTI KELANTAN.

Kenyataan Media NGO R MALAYSIA berkenaan isu WANG EHSAN PAHANG.
TAHNIAH RAKYAT PAHANG
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R, yang kini sudah menubuhkan R MALAYSIA, gabungan lebih 100 buah badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Johor dan semua negeri di Malaysia bagi mengetuai isu tuntutan royalti di seluruh Negara pada perlancarannya 3 Oktober 2012 lalu di Shah Alam, Selangor.

R MALAYSIA ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Negeri Pahang dan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa Negeri Pahang layak menerima bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160km daripada perairan Pahang.

Pengeluaran minyak yang dijangkakan akan dicapai pada suku ke 3 pada tahun 2014, dengan sasaran pengeluaran berjumlah 17,500 hingga 20,000 tong sehari dengan rizab minyak 64 juta tong dalam Blok PM307, Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin).

R TUNTUT BAYARAN TUNAI @ ROYALTI BUKAN WANG EHSAN
R Malaysia dan R Pahang tuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah “Wang Ehsan” adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan “Wang Ehsan” RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti. Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, pihak R Malaysia dan R Pahang menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

PM GUNA FORMULA BAYARAN TUNAI 5 % MENGIKUT AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, TETAPI ISTILAH “WANG EHSAN” ADALAH ISTILAH POLITIK.
Daripada pengiraan R Malaysia, jumlah wang royalti yang patut Negeri Pahang terima ialah RM 102.65/ tahun, bukannya RM100 juta setahun dengan harga minyak mentah semasa.

Bermakna Perdana Menteri telah mengunakan formula Bayaran Tunai atau lebih porpular dikenali ROYALTI untuk mengira jumlah pemberian “wang ehsan” kepada Kerajaan Pahang, bagi pengeluaran 20,000 tong sehari dengan mengikut Akta dan Perjanjian Antara Negeri Pahang dengan PETRONAS.

Formula yang digunakan untuk Pahang, adalah formula ini,
Jumlah Pengeluaran Minimum
17,500 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 1,916,250,000 @ RM1.916 Billion.
ROYALTI = RM 95,812,500 atau RM 95.8 Juta.

Jumlah Pengeluaran Maksimum
20,000 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 2190000000 @ RM2.19 Billion.
ROYALTI = RM 109500000 atau RM 109.5 Juta.

Jumlah Purata
Jumlah Pengeluaran Minimum x Jumlah Pengeluaran Maksimum BAHAGI dua.
RM 95.8 juta + RM 109.5 juta bahagi 2 = RM 102.65/ tahun

ANGKA yang disebut oleh Perdana Menteri 30 Oktober, iaitu RM100 JUTA adalah mengikut formula BAYARAN TUNAI @ ROYALTI yang menepati Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian PETRONAS dengan PAHANG.

Ini bermakna Negeri Pahang adalah medapat ROYALTI/BAYARAN TUNAI bukannya WANG EHSAN, sepertimana yang diumumkan. Istilah WANG EHSAN adalah satu istilah bagi mengkaburi mata Rakyat Negeri Kelantan dan Rakyat Negeri Terengganu daripada menuntut apa yang SAMA Negeri Pahang dapat.

Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.

TINDAKAN PM MENGENEPIKAN JAWATANKUASA BAYARAN TUNAI MEMBUKTIKAN BAYARAN ROYALTI KELANTAN BOLEH DIBAYAR TANPA ADANYA JAWATANKUASA KHAS.
Pihak R Malaysia juga ingin mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang mengenepikan Jawatankuasa Bayaran Tunai bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah diumumkan pada 4 Ogos 2012 lalu.

Jawatankuasa Khas itu dikatakan akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan.

Kini 3 bulan sudah berlalu, sebarang keputusan dan jawatankuasa khas masih belum dibentuk untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti Negeri Kelantan yang jumlah tunggakannya kini sudah berjumlah lebih RM10.4 Billion sejak tahun 2004 lagi.

Berlainan dalam kes Negeri Pahang, Negeri kelahiran Perdana Menteri isu pemberian bayaran tunai sudah diumumkan akan menerima RM100 juta setahun yang mana pengeluarannya masih belum bermula lagi, iaitu suku ke tiga pada tahun 2014.

R Malaysia tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

TUNTUTAN R MALAYSIA
1) Menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

2) Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.

3) Tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih
Nazri Deraman
Presiden Pertubuhan R Malaysia (R MALAYSIA)
013-9811605

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular