Wednesday, October 31, 2012

Pemasangan AES di jalan negeri perlu mendapat kebenaran PBT

Nik Ahmad Kamal Nik MahmodAES: Minta kebenaran PBT, kata pakar
SHAH ALAM – Pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di jalan negeri perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menguruskan kawasan tersebut.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pemasangan AES di jalan persekutuan tiada masalah sebaliknya, jalan negeri perlu kebenaran daripada pentadbiran negeri masing-masing.

Beliau berkata, PBT berhak menentukan sama ada kamera AES boleh dipasang atau tidak bergantung kepada mereka.

“Bagi kawasan lebuh raya pula tidak memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri kerana ia diuruskan oleh syarikat konsesi yang dilantik Kerajaan Pusat.

“Mengikut undang-undang, jalan persekutuan diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), atau badan kerajaan yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular