Monday, October 29, 2012

Ulama Pas jemput Asri wacana isu Ayatollah dan Jawapan balas Dr maza

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat menjemput bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kini berhadapan dengan kontroversi ekoran pandangan mengaitkan dengan pimpinan Ayatollah, agar menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu menerusi wacana ilmu.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Dr Asri bahawa ulama-ulama dalam Pas dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti dalam satu wacana baru-baru ini,” kata Setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulama Pas Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulama Pas Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulama dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Tambah beliau, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

"Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya. SH

Asri sedia wacana dengan Ulama Pas tapi…
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara “matang dan ilmiah.”

“Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.

Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, “terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan.”

Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari.

“Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.

“Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya sehingga menimbulkan ketegangan,” kata beliau lagi. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular