Sunday, October 7, 2012

Ramalan dari Media Barat Najib akan kalah PRU membuatkan BN menggelupur


Economist adalah majalah mingguan antarabangsa yang sering menjadi rujukan media-media dalam negara yang pro BN dalam isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kali ini media BN menerima kejutan besar apabila Economist meramalkan bahawa Najib akan senasib dengan Gordon Brown di mana beliau dan partinya akan kalah pilihanraya umum nanti. Mengapa agaknya ulasan panas ini tidak dipetik pula oleh semua media pro BN dalam negara?

Economist: Najib gagal adakan p'raya ketika popular


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown yang gagal mengadakan pilihan raya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.


Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair.
gordon brown tony blair britain pm post 280607 transition
"Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu.

"Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihan raya di penghujung penggal - yang mana dia kalah."

Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular