Sejak beberapa hari ini kecoh fasal kenyataan berunsur ancaman Ibrahim Ali kepada kaum Cina yang mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka menyertai BERSIH 2.0. Kata Ibrahim Ali: “Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
Hari ini TMI menyiarkan artikel tentang jurublog UMNO, "Penembak Babi", menyiarkan satu artikel pendek meminta orang ramai tidak menyertai BERSIH 2.0, namun dalam masa yang sama menggunakan tajuk yang berbaur ancaman kepada orang Cina di blognya. Malah video klip rusuhan perkauman yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 turut disertakan.
Yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 ialah rusuhan kaum. Mengapa perlu samakan BERSIH dengan rusuhan kaum di Indonesia? Penyiaran video dan tajuk artikel itu berniat jahat dan cuba menggambarkan BERSIH sebagai perhimpunan yang berunsur perkauman dan ganas.
Untuk menggagalkan BERSIH 2.0, pihak UMNO dan geng cuba menggambarkan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan yang akan mencetuskan huru-hara dan keganasan. Walhal, BERSIH 2.0 hanyalah perhimpunan RAKYAT PELBAGAI KAUM dan AGAMA yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap SPR dan amalan demokrasi di negara ini. BERSIH bukanlah perhimpunan perkauman yang mahu menggulingkan kerajaan, bukan juga perhimpunan yang mahu "menghalau" Cina atau mana-mana kaum di Malaysia.
Mengapa perlu polemikkan perhimpunan ini dan menggambarkannya sebagai perhimpunan yang akan menimbulkan huru-hara? Jawapannya, BN takut penyertaan rakyat pelbagai lapisan masyarakat, kaum, dan agama yang mencecah ratusan ribu orang akan menggambarkan bahawa perikatan politik itu sudah tidak diterima oleh rakyat Malaysia secara umumnya. Impak perhimpunan ini akan menjejaskan peluang mereka dalam PRU13 nanti. Gambar ratusan ribu rakyat Malaysia di perhimpunan BERSIH akan tersebar ke ceruk-ceruk kampung dan sekaligus menyedarkan masyarakat yang masih kemaruk mengundi BN dalam pilihan raya. Itu saja!
No comments:
Post a Comment