Monday, June 20, 2011

Persoalan Menarik Dari Blogger UMNO..


PENANG TIDAK AKAN JATUH KEPADA BN



Pelik rasa nya, sudah 3 tahun berlalu dari Pilihanraya UMUM ke 12 tetapi Gerakan yang dulu memimpin di Pulau Penang tidak mengambil kisah tentang kejatuhan mereka atau pun berusaha dengan susah untuk mendapat kembali Penang yang sudah kehilangannya.



Kenapa ? Adakah kita sudah tanya diri kita kalau Gerakan sudah redha dari dulu lagi untuk beri Penang kepada DAP ? 


Kesilapan mereka pada tahun 1971 untuk tidak menyertai pembangkang dan masuk ke dalam Perikatan selepas itu Barisan Nasional sekarang di pusing balik untuk cuci 'dosa'  mereka sebagai pengkhianat kepada kaum mereka sendiri ? Betul atau tidak ?

Presiden Gerakan hanya bermain di antara Kuala Lumpur dan Putrajaya, memberi nasihat kepada Perdana Menteri kononnya dia adalah seorang Cina yang paling pandai di Putrajaya, walaupun Negeri pun sudah kalah, yang lain yang menang kerusi mereka dengan majoriti, yang menjadi pemimpin berpuluh tahun dan masih menjaga kawasan dia dengan baik di tolak supaya pemimpin Gerakan ini dapat menjadi bell boy kepada Perdana Menteri.

Di setiap program di mana Presiden Gerakan pergi untuk cium tangan Perdana Menteri, berpuluh gagak akan ikut. Pelik juga. Di mana kita nampak dia, ada dalam 20 orang pengikut dan pembawa beg dia yang turut bersama. Apa yang mereka cari sebenarnya ? Sampai 20 orang kena ikut. Perdana Menteri pergi mana mana paling banyak 10 orang yang ikut, dia pulak Perdana Menteri. Ini Presiden Gerakan parti dah kalah 99% dalam PRU lepas. Jawatan dalam Kerajaan Negeri mana mana pun tidak ada. Jawatan bersama komponen yang lain pun tidak ada.

Adakah mereka sudah rancang untuk tidak berusaha untuk kembalikan Penang kepada Barisan Nasional ?


Tan Sri Dr Koh Tsu Koon was groomed and hand-picked by former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik (right) to lead the party. — NST file picture by Ghazali Bujang
Daripada program yang sedia ada di Penang, nampak nya yang gerak hanya UMNO. Di Kedah Pemuda Gerakan memang gerak, tidak di nafikan, tetapi dia gerak tanpa kepimpinan dalam Parti. Kepimpinan parti lebih kepada dengar ochestra dan main mahjong daripada membantu Ketua Pemuda mereka di Kedah untuk merampas balik Negeri di utara. Kenapa pula jadi begini ?


Adakah betul apa di mulut rakyat sekarang bahawa selepas Pilihanraya UMUM ke 13, pembangkang hanya akan ada satu bangsa, dan yang memerintah semua bangsa yang lain. 

Fikirkan kalau perkara ini boleh jadi realiti kerana mereka yang menggunakan nama Barisan Nasional tetapi menyembunyikan agenda yang berlainan akhirnya akan diketahui juga dan ditolak oleh rakyat yang sudah muak dengan politik menyusahkan daripada politik yang lebih kepada penyelesaian. - Kritisonline

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular