Bernarkah Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri bercita-cita untuk menangkap DS Anwar Ibrahim atau ia sekadar propagnda murahan akhbar pencacai yang begitu tertekan dengan sambutan rakyat terhadap siri perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara?
Jika benar Ahmad Zahid Hamidi bercita-cita demikian, yang akan menerima kesan negatif paling besar ialah UMNO BN sendiri kerana masing-masing sudah pun melihat bagaimana sambutan rakyat terhadap Anwar malah segala kempen dan perancangan untuk menghancurkan kareer Anwar tidak berjaya. Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya dimana "majoriti" rakyat menyokong Anwar. Saya menekankan perkataan "majoriti" kerana itulah hakikatnya, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi "majoriti" undi popular semasa PRU13 yang lalu.
Hanya "persempadanan" yang dilakukan oleh SPR menyebabkan majoriti "bilangan kerusi" tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hal itu pun masih banyak menimbulkan keraguan kerana petisyen akan berlaku selepas ini yang mana sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen kini sedang diteliti oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. - GB
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment