Saturday, May 25, 2013

Ribuan memenuhi padang Timur Petaling Jaya

505_Amcorp_MallPETALING JAYA 25 Mei: Ribuan peserta mula memenuhi Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bermula sejak jam 5 petang tadi.

Himpunan anjuran 54 gabungan NGO itu diadakan bagi membantah penipuan dilakukan oleh Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu.

Ia adalah siri ke 9 sejak himpunan yang sama diadakan di Kelana Jaya, 8 Mei lalu yang berjaya menarik kehadiran lebih 120,000 rakyat.

Meskipun diberi amaran keras oleh polis, ia tidak menghalang ribuan Peserta untuk tiba ke lokasi seawal jam 3 petang tadi.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, dilihat berpakaian hitam sebagai simbolik kepada bantahan dan warna tema bagi himpunan tersebut.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat paling awal muncul di Dataran berkenaan kira-kira jam 6 petang.

Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan ucapan pada malam ini dan kemuncak acara adalah ucapan dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai yang berada di sekitar Petaling Jaya masih boleh menyertai himpunan tersebut, namun dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52598
Ikuti Laporan LIVE UPDATE Perhimpunan Suara Rakyat 505 di SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular