Biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal, seorang pemuda di Kuantan semalam endedahkan bahawa beliau boleh mengundi dua kali.
Mohd Fadhli Khaharruddin, seperti dilapor Sinar Harian Online, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan. “Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya dipetik akhbar bahasa Melayu versi online itu....
Berita Penuh :
Pemuda Lapor Polis Mengaku UNDI 2 KALI dalam PRU13
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.
Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.
Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.
Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya. - SH
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment