Dari aksi Zahid ni nampak macam semua tu auta ja. Kalau betul terlibat pun mungkin takat pemimpin pembangkang tahap kampung saja kut dan jadi bahan lawak ja kut nanti kalau dia umumkan nama 3 orangtu.
Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. - Sinar.
Dah tak boleh umum pulak, hari tu masa sebelum pilihanraya takmau bagitau konon pasai takmau orang kata bermain politik., konon takmau dicap sandiwara politik Umno. Ni dah habih PRU13 bagi alasan lain pulak.
Sinarharian pada 26 April melaporkan:
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. - Sinar.
Baca artikel seterusnya di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment