Thursday, May 23, 2013

RON97 turun 20 sen mulai malam tadi.. Tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON 97 dalam masa terdekat ini.

HASSAN-MALEK
KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON 97 dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. - Bernama

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular