Monday, May 20, 2013

GST HADIAH BN KEPADA RAKYAT?

SEPERTI yang dijangkakan sebelum PRU13, Kerajaan BN akan melaksanakan GST bagi menambah pendapatan negara dan kini ternyata benar. Kemenangan BN yang telah diberi mandat oleh rakyat dibalas dengan kenaikan cukai.

Menurut mereka, ia adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negara. Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan BN mencadangkan untuk mengurangkan cukai persendirian dan syarikat tapi adakah dengan mengurangkan dua cukai ini akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan harian?

Tiadakah cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara. Adakah sektor pelancongan tidak menguntungkan? Adakah sektor pembuatan tidak menguntungkan? Adakah kelapa sawit, minyak dan gas galian yang ada di sabah serta di beberapa negeri lain tidak cukup?
Bagaimana pula dengan pelabur-pelabur asing yang melabur di Malaysia? adakah semuanya tidak mencukupi? Apa sebenarnya yang berlaku dengan ekonomi Malaysia sehinggakan rakyat dijadikan tempat untuk meminta duit? Adakah menteri-menteri Malaysia tidak mampu berinovasi untuk meningkatkan pendapatan negara, selain menaikkan cukai?

Apa yang kita lihat di sini, GST atau Cukai Perkhidmatan Kerajaan akan mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan harian. Paling teruk terjejas adalah syarikat pengeluar. Mereka tiada jalan lain selain menaikkan harga barang keluaran mereka kerana kos operasi semakin meningkat.

Garam, gula, minyak masak, beras, sabun mandi dan ubat gigi adalah antara keperluan harian yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar. Syarikat-syarikat ini menggunakan elektrik, air, telefon dan material dari syarikat lain. Sekiranya cadangan kerajaan menaikkan cukai sebanyak 7% ini dalaksanakan, akhirnya rakyat sendiri yang akan terbeban.

Pendapatan penduduk kampung tidaklah sebanyak mana. Hanya cukup-cukup makan dan hampir tidak cukup. Sekiranya kenaikan harga barang bakal berlaku akibat cukai kerajaan ini, macam mana mereka akan menguruskan rumahtangga mereka? Bagaimana mereka memberi perbelanjaan kepada anak-anak sekolah jika pendapatan tidak cukup?

Adakah kerajaan BN tidak berfikir akan perkara ini? Inikah balasan BN kepada rakyat yang telah memberi mandat 5 tahun lagi untuk memerintah? Bagaimana pula dengan manefesto BN sebelum PRU yang mengatakan bahawa akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan.

Inilah yang dikatakan hanya mengejar kemajuan tapi kebajikan rakyat tidak dihiraukan.
Jika memang ini adalah satu cara yang terbaik kerajaan untuk menambah pendapatan maka ianya dilihat satu kepincangan kepada BN kerana gagal menambah pendapatan kerajaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di muka bumi malaysia.

Rakyat juga berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya termasuklah jalanraya yang beraspalt, bekalan air dan elektrik kerana jelas sehingga kini, kebanyakan jalan raya terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat daif.

Rakyat hanya mampu berdiam. Rakyat hanya mampu mengeluh. Rakyat hanya mampu melihat apa yang BN lakukan tanpa boleh berbuat apa-apa. Tapi ingat, 5 tahun tidak lama.

Jangan harap rakyat akan memberi mandat kepada BN sekali lagi jika kebajikan rakyat tidak diambil perhatian serius. PRU 13 yang baru lalu telah menyaksikan kebangkitan suara rakyat Sabah dengan BN kehilangan beberapa kerusi DUN dan tidak mustahil BN akan tumbang di Sabah jika perkara ini tidak diambil perhatian serius. - Oleh : LO_PHUNK

[APos] Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU.

P/s: Apa lagi TM nak kata, terima kasih pengundi BN, anda gembira kami sengsara!
PANAS!! Idris Jala dedahkan sumber dana bagi merealisasikan Manifesto Barisan Nasional..
by Anak Sungai Derhaka

Malaysia akan dapat meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan dilaksanakan pada tujuh peratus, sama dengan negara jiran Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata mekanisme cukai yang baru boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion kepada RM27 bilion, pada tempoh matang.

"Pada tempoh matang, apabila, setiap rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin apabila rakyat Malaysia bersedia untuk menerima mekanisme tersebut," katanya.

Bercakap dalam forum, "GE13 - Apakah ia bermakna untuk perniagaan?" di sini hari ini, Idris Jala berkata pendidikan atau penerangan mengenai apa itu GST dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara adalah sangat penting, bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk memahami dan menerima mekanisme cukai serta maju kehadapan..

Beliau juga berkata GST akan menyediakan dana tambahan bagi kerajaan untuk berbelanja pada kesejahteraan rakyat Malaysia, menurut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Nampak tak dari mana datangnya dana untuk menjayakan Manifesto Barisan Nasional itu??.. 7% GST..

Apa yang akan dikenakan GST itu?...
Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport.

Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST.

Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST ~ MOF

Oleh itu bersedialah untuk membayarnya…walaupun kita tidak redha, namun kerana pengkhianatan teman-teman seperjuangan kita yang berfikiran sempit dan mengutamakan kepentingan diri serta beberapa individu hingga tergamak sabotaj teman seperjuangan yang bertanding seterusnya mengagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.. bayar sajalah…

Ini laporan asal...

GST implementation to add up to RM27b to Malaysia's income

KUALA LUMPUR: Malaysia will be able to rake in an additional income of up to RM27 billion if the proposed goods and services tax (GST) is implemented at seven per cent, similar to neighbouring Singapore.

Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Idris Jala said the new taxation mechanism can guarantee additional revenue of RM20 billion to RM27 billion, at maturity.

"At maturity, is when, every Malaysians starts to contribute towards the GST. It must be implemented as soon as Malaysians are ready to accept the mechanism," he added.

Speaking at the forum, "GE13 - What it means for business?" here today, Jala said education on what the GST is all about and how it benefits the country's economy is very important, as well as for Malaysians to understand and accept the taxation mechanism moving forward.

He also said the GST will provide extra funds for the government to spend on the well-being of Malaysians, according to what was promised in the Barisan Nasional's manifesto, before the 13th General Election.

"Even though a new tax is being introduced, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had committed to reducing corporate as well as personal income tax.

"This shows that the government wants a balance in every move that it makes, whether economically or politically," said Jala, who also heads the Performance Management & Delivery Unit (Pemandu).

Meanwhile, he denied claims that the pre-election promises made by the government, will increase the debt to gross domestic product (GDP) ratio, from the current 53 per cent.

He said the government is committed to maintaining its debt at well below the 55 per cent debt to GDP ceiling that it had set before this.

"At the World Economic Forum in Davos, when I proposed this Malaysian mechanism of keeping 55 per cent as a ceiling for debt to GDP, many world economists and leaders said it was impossible.

"This is because Malaysia is very unique for still having its debt below 55 per cent," Jala said, adding, as examples countries such as Singapore (100 per cent debt to GDP ratio), United Kingdom (80 per cent) and France (81 per cent).

While claiming the 2020 high-income nation goal can be even achieved two years earlier, due to extensive government and private sector economic efforts, Jala said Malaysia is on track to report a budgetary surplus by 2020.

He said for the past four years with Najib as premier, the country's budget deficit had shown significant decrease year-on-year, and gave an assurance that the track record would continue.

"Last year, it was 4.5 per cent, and this year we expect it to decrease to four per cent. With all the efforts being taken, I am very sure the day will come when we can report the budget surplus." he added.

On the government's role in business, Jala said it would gradually move out of more businesses this year and in the future.

Through the Government's Role in Business (GRIB), he said the government had already pared down or even phased out its stake in 13 companies, from the 33 entities identified by Pemandu to do so.

"We are having monthly meetings on this chaired by the prime minister and attended by all the related company chiefs.

"The government intends to exit its role in business. But it can never be done in one day. There will still be businesses that the government has a role, due to the importance of it in the daily lives of Malaysians," Jala added ~ New Straits Times

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular