Wednesday, May 22, 2013

SPR cuba tutup pekung yang dah mula hangit


Tujuan apa SPR Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dakwat Kekal...Projek Ini adalah sekadar nak tutup pekung yang dah mula hangit apa yang berlaku... Sepatutnya pada 30 Apr 2013 lagi, bila ada anggota tentera membuat laporan polis , siasatan hendaklah terus di buat. tapi yang malangnya pegawai tentera yang kena tindakan,,
SPR Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dakwat Tak Kekal.

KUALA LUMPUR 21 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.

"Pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.

"SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pasukan khas itu dijangka menyiapkan penyiasatan dalam tempoh sebulan dan ia diharap dapat membantu SPR mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan dakwat itu tidak kekal lama di jari selepas dicalit.

Katanya, SPR juga memandang serius perbuatan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan rakaman video, tulisan dan gambar melalui laman sosial, media cetak dan portal berita berhubung tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenai SPR.

"Antara tuduhan itu ialah warga asing mengundi dalam PRU13, kejadian lampu padam semasa pengiraan undi, berlaku tiga tong undi hilang di pusat penjumlahan rasmi undi di Putrajaya, peti undi diturunkan dari helikopter dengan tujuan memenangkan pihak tertentu.

"Selain itu, kenderaan SPR membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi dengan tujuan untuk memanipulasi keputusan pengundian, petugas SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 sebelum tamat proses pengiraan undi, terdapat pengundi hantu dan pengundi dari Sabah dan Sarawak diangkut untuk mengundi di beberapa negeri," ujarnya.

Abdul Aziz turut menegaskan, SPR mendapati semua tuduhan dan dakwaan itu tidak berasas, tidak benar dan boleh mengelirukan rakyat serta mendatangkan ketidaktentuan dalam negara.

Berikutan itu, beliau mengumumkan satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria pada 16 April lepas bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya.

"SPR akan meneruskan sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu PRU ke-13 bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah termasuk media massa. "SPR juga menasihatkan orang ramai supaya menapis maklumat-maklumat yang dibaca terutama dari media sosial dan jika perlu, orang ramai boleh menghubungi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu isu itu," tambahnya.

Lakonan ajalah, sekadar nak tutup malu Najib dan Bn yang mula dapat undi semakin mengecil, bila ada pihak pembangkang tak puas hati, ada pulak menteri mulut pungkoq ayam bersuara seolah-olah negara ini bapa dia yang punya... - ManjungMari
Tak ada rasa malu ke muka dua ekoq no...

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular