Thursday, May 23, 2013

Dr Chandra Muzaffar SAHKAN Kebodohan Najib...

Post Pic
Apakah kerana Dr Chandra Muzaffar terasa dihati,, kenapa ia tak dilantik sebagai Senator dan juga Menteri,, sedangkan pengkhianat negara seperti Pengerusi Hindraf Najib lantik menjadi Timbalan Menteri..

Ha ha ha,, maka inilah jadinya...

"Batal pelantikan, angkat sumpah kali ke-2"

SHAH ALAM: Ahli Sains Politik veteran, Dr Chandra Muzaffar menggesa kerajaan membatalkan pelantikan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tiga Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah sebelum dilantik sebagai Senator.

Kata beliau, pelantikan tersebut tidak sah kerana kelima-lima individu berkenaan bukan ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat ketika diangkat menjadi ahli Kabinet pada 16 Mei lalu.

"Tidak sah. Mereka harus dilantik sebagai Senator atau anggota Dewan Negara dahulu, baru mereka boleh angkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan berhubung tindakan kelima-lima ahli Kabinet yang hadir untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong pada majlis minggu lalu.

Dua Menteri berkenaan adalah Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) manakala tiga Timbalan Menteri ialah Waytha Moorthy (JPM), Dr J. Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Megulas lanjut Chandra yang juga pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia berkata cara terbaik untuk memperbetulkan kesilapan tersebut adalah melalui tindakan angkat sumpah kali kedua memandangkan tiga dikalangan mereka telah mengangkat sumpah sebagai Senator, semalam.

"Mungkin yang paling mudah, mereka ini harus angkat sumpah sekali lagi sebagai Menteri dan Timbalan Menteri kalau kita nak ikut peraturanlah. Kerana mereka telah dilantik sebagai senator, bermakna sudah sah kedudukan mereka.

"Prosedurnya mungkin Ketua Setiausaha Negera (KSN) harus membatalkan pelantikan mereka dahulu. Pelantikan mereka mungkin sah, tapi angkat sumpah perlu dibatalkan dan mereka perlu angkat sumpah kali kedua.

"Ini satu prosedur pentadbiran yang tidak begitu sukar dari segi undang-undang kerana ini adalah satu kesilapan, satu kekhilafan yang dilakukan. Inilah cara untuk mengatasinya," katanya.

Asyik tersilap sahaja Najib ni,,,ingat lagi tak isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dalam bajet 2012 membuatkan Cuepacs termasuk Presdien Omar Osman naik minyak membantah,, terpaksa Najib tarik balik....

Apakah kali ini KSN baru Ali Hamsa 

akan menerima Nasib seperti mamat ni

Ha ha ha,, itulah,, kerja yang terlebih mengampu,, kan dah tertonggeng..


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular