GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tujuh laporan berhubung politik wang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah SPRM negeri Pulau Pinang Samarajoo Manikam.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima dan siasatan masih diteruskan.
"Semasa tempoh berkempen ketika PRU13, kita juga ada menerima maklumat tetapi SPRM hanya buat pemantauan sahaja, tetapi selepas PRU13, semua laporan yang kita terima, khususnya yang melibatkan politik wang, kita buka kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Samarajoo membentang kertas kerja bertajuk 'Rasuah Menjejaskan Perkembangan Ekonomi Negara dan Peranan Agensi Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Dalam Memperbaiki Skor Indeks Persepsi Rasuah' pada majlis makan tengah hari dan dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan GLC hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut laporan itu memandangkan ia masih di peringkat siasatan.
Samarajoo juga berkata bagi tempoh Januari hingga 21 Mei 2013, SPRM Pulau Pinang menerima 215 maklumat berkaitan rasuah dan melakukan 14 tangkapan.
"Daripada 14 tangkapan itu, lapan orang adalah penjawat awam iaitu tujuh di kumpulan pengurusan dan profesional dan seorang lagi adalah daripada kumpulan sokongan manakala enam orang lagi terdiri daripada orang awam," katanya.
Selain itu, daripada keseluruhan 215 kes, sebanyak 39 dibawa ke mahkamah.
Samarajoo juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan gejala rasuah dan berkata SPRM sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mempertingkat kesedaran orang awam.
"Semuanya bermula daripada diri sendiri, jika kita tidak memulakan, maka gejala ini tidak akan berleluasa dan keharmonian negara akan tetap terjamin," katanya.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment