KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.
Tweets dari Chua Tian Chang.
“Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu,” kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Pukul 12.35 dia hubungi kami beritahu kena tangkap.
“Sekarang dia sedang dalam perjalanan di bawa ke Balai Polis Jinjang oleh polis.”
Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
“Haris ditahan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari ketika sedang makan di Segambut selepas pulang dari mahkamah Jalan Duta. Dia di bawa ke balai polis Jinjang.
“Malik Imtiaz Sarwar, peguamnya, sedang dalam perjalanan ke balai polis,” kata Khoo yang juga merupakan penulis blog apabila dihubungi.
Terbaru, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba turut ditahan sebentar tadi ketika sedang makan di Bangsar.
“Saya kena tangkap, sekarang dalam kereta polis, di Jalan Kuching, menghala ke balai polis Jinjang,” kata Tamrin Ghafar yang kini merupakan ahli PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Pagi ini Adam Adli didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang berhimpun bagi menuntut pembebasan Adam Adli telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi berhampiran dengan balai polis Jinjang.
Media melaporkan lebih kurang 1,000 orang berhimpun untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa itu.
Diantara yang ditahan adalah Peter Chong, pegawai khas kepada ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, dan semua yang ditahan dihantar ke Balai Polis Jalan Travers di sini.
Bagaimanapun, kesemua 18 orang yang ditahan telah dibebaskan hari ini.
Haris merupakan pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang turut berucap bersama Adam Adli dalam satu forum dianjurkan pada 13 Mei lalu. - TMI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment