Monday, February 27, 2012

Ni Lah Wajah Wanita yg ditangkap bersama Dr Badrul Amin, JAIP Diperkuda Umno-APCO??

Benarkah ini wajah wanita ditangkap khalwat bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin di Hotel Swiss Garden, Pahang?

Wanita tersebut, Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang merupakan isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Dakwa Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Dr.Badrulamin ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi Dr.Badrulamin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Dr.Badrulamin dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden. sumber dppwm.com

Khalwat: JAIP Jangan Cuba Diperkuda Umno-APCO!
Memang benar, yang terjadi tidak akan boleh diundur.

Tetapi mengikut keterangan saksi yang berada di tempat kejadian yang menyaksikan Dr Badrulamin Bahron dipukul oleh lelaki yang dipercayai rakan suami mangsa, jelas ada unsur khianat serta perangkap yang cuba dipasang seolah-olah adegan tangkapan sudah dirancang.

Jika tidak bagaimana pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah stand-by di bawah menunggu masa untuk bertindak, sedangkan ada ratusan bilik lain yang berkemungkinan lebih teruk daripada melakukan khalwat jam 3 pagi! ( Baca SINI )

Inilah yang menjadi tanda tanya bagaimana penangkapan Dr Badrul berkemungkinan didalangi oleh mangsa sendiri dan dirancang sebegitu rapi sehinggakan Dr Badrul yang tidak perasan pun boleh terperangkap dengan drama swasta ini?

Pun begitu, ia dipercayai dilakukan kerana pimpinan Pakatan Rakyat terutama PKR yang sedang mengadakan retreat (permukiman) di Swiss Garden, Kuantan, akan terus berhimpun di padang MPK4 siang tadi dan secara logiknya ia sengaja dilakukan untuk mengalih perhatian umum tentang himpunan tersebut!

Jelas sekali, JAIP, jika benar tidak terlibat dengan permainan kotor Umno-APCO, mesti segera membersihkan nama baik mereka kerana jika tidak, sahlah mereka memang diperkuda Umno-APCO yang terdesak menjawab isu kilang Lynas di Gebeng sekarang! - JALAN PULANG

Badrulamin dinasihat bercuti hingga siasatan selesai

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

"Kerajaan Selangor mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim, sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

"Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau," kata kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, tugas Badrulamin selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa’eza Abdul Aziz.

"Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan," ujarnya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan Badrulamin ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Balok, Pahang.

Bagaimanapun, Badrulamin dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menggangap ia sebagai perangkap untuk menjatuhkan maruahnya.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/ni-lah-wajah-wanita-yg-ditangkap.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular