Susulan daripada February 15, 2012 laporan semalam [ SINI ] yang memetik sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang dikatakan akan meletak jawatan, rupanya dia enggan berbuat demikian!
Sumber dalaman Umno-APCO memberitahu bahawa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Najib Altantuya pagi tadi juga ada membincangkan perkara tersebut, bagaimanapun keputusannya hanya akan diketahui pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Najis (BN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Shahrizat yang telah menemui Najib Altantuya dua hari lalu bertegas enggan meletak kesemua jawatan yang disandangnya dalam parti mahupun kerajaan kerana merasakan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya, Mohamad Salleh Ismail, tiada kaitan dengan dirinya, kununnya walaupun sebagai menteri kabinet.
Pada mesyuarat kabinet siang tadi, Shahrizat enggan mengulas saranan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad supaya beliau berundur sebelum ahli parti dan orang ramai mendesaknya.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Nazri Aziz sudah mendesak Shahrizat supaya berundur dalam mesyuarat itu tadi, dia masih enggan berbuat demikian hingga tercetus suasana sedikit tegang antara Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.
Wanita Umno-APCO juga sudah mula menjauhkan diri daripada Shahrizat dengan Naib Ketuanya, Kamilia Ibrahim disebut-sebut akan menggantikan Shahrizat juga sudah senada dengan Mahathir serta Ketua Umno-APCO Cheras, Syed Ali Alhabshee.
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Najis baru saja selesai sebentar tadi dan Shahrizat buat masa ini masih kekal dengan jawatan yang dipegangnya. Jalan Pulang
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/terkini-shahrizat-jalil-enggan-letak.html
No comments:
Post a Comment