Chua: Msia akan bankrap jika laksana Buku Jingga
Feb 18, 2012 Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.
Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.
Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.
"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.
Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini. Ia dilihat sebagai ucapan buka gelanggang menjelang debatnya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng petang ini.
Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.
Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini. Mkini
Dewan gamat 'gergasi' MCA, DAP bersemuka
5:00PM Feb 18, 2012
Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.
Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.
Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.
LAPORAN LANGSUNG
4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.
5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.
Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.
5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.
5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.
Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.
"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.
Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.
5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.
Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
5:10pm: Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.
"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".
5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.
Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.
"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.
Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.
"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.
5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?
Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.
Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.
Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.
05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.
Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.
5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.
Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.
"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.
Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.
Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.
"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.
Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.
5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.
Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.
Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.
Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.
6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing. Mkini
Selepas Guan Eng vs Soi Lek.. 1Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar pula...
Debat yang dianggap sedikit keluar tajuk dan berat sebelah..
Meskipun dianggap sedikit keluar tajuk, namun kesemuanya teruja dengan debat antara Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Chua Soi Lek.
Dari pengulas, pengacara rancangan, sehingga hadirin yang ditemubual, kesemuanya menyatakan hasrat yang sama, yang turut diungkapkan oleh Lim Guan Eng sebermulanya debat pada petang ini, "Seluruh rakyat Malaysia ingin menyaksikan debat antara Najib dengan Anwar!"
Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square.
Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO.
Chua Soi Lek bermula dengan mengakui kebaikan "sistem dua parti" di negara demokrasi, namun menyerang DAP sebagai parti yang menabur fitnah dan mengamalkan politik dendam untuk merampas kuasa.
Chua mendakwa DAP sekarang sudah tidak sama dengan DAP yang lalu, kerana bersekutu dengan PKR dan PAS - satu gandingan politik yang akan didominasi PAS pada akhirnya.
Chua mengulangi serangannya, bahawa PAS akan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia, dan ia gagal dihalang oleh DAP, yang disifatkan olehnya sebagai "eunuch" (pegawai yang dimandulkan) politik.
Chua menyindir DAP sebagai parti yang bijak menyolek imej dirinya, memberi contoh bagaimana parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum itu selama ini hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Malah, Chua sekali lagi menyindir bahawa DAP tidak berani bertanding untuk mencabar UMNO.
Pakatan bersedia diperalatkan Rakyat
Lim yang berucap kemudiannya, mampu menjawab beberapa soalan, termasuk menyanggah tuduhan dengan mengemukakan hujah UMNO yang menyerang bahawa PAS dan PKR diperalatkan DAP.
Malah Lim menambah, parti komponen Pakatan Rakyat bukan saling memperalatkan, tetapi hanya bersedia diperalatkan oleh rakyat.
Sebaliknya, Lim berkata sistem perkauman wujud dalam Barisan Nasional sendiri, dengan UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India.
Lim juga memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai orang Melayu lebih daripada sebagai orang Malaysia, untuk menunjukkan sistem perkauman dalam BN.
Malah, beliau mencabar pemimpin UMNO untuk mencontohi keberanian Anwar Ibrahim, yang melaungkan "Ketuanan Rakyat", menggantikan "Ketuanan Melayu", bukan sahaja di depan bukan Melayu, tetapi di depan masyarakat Melayu sendiri.
Malah Lim menekankan sekurang-kurangnya 40% Melayu menyokong parti komponen PR dalam PRU 12, yang menyebabkan beliau mampu diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Chua-Lim bersilat lidah
Perdebatan semakin menyimpang dari tajuk, apabila memasuki pusingan seterusnya. Beberapa contoh dipetik oleh Chua, mahupun hadirin di bawah pentas, antaranya isu pengambilan komisen di Kedah yang didedahkan baru-baru ini, malah bantahan Pemuda PAS ketika Najib mengumumkan untuk memansuhkan kuota bumiputera - untuk menunjukkan PAS masih mengamalkan politik rasuah dan perkauman.
Malah, Lim diserang dengan isu tender "kot" yang melibatkan Nga Kor Ming (bekas EXCO Pakatan Rakyat Perak), dan ketidaksampaian kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan manifesto pilihan rayanya.
Lim apabila sampai gilirannya, menyerang dengan mendakwa bekas Presiden MCA yang terpalit dengan skandal-skandal, termasuk skandal koperasi pada tahun 1980-an, hingga PKFZ pada beberapa tahun kebelakangan ini. Malah beliau mempersoalkan sama ada Chua menerima keadaan di mana tiada pimpinan UMNO didakwa dalam kes PKFZ?
Chua tidak menyerah begitu sahaja, mendakwa MCA yang berumur lebih 60 tahun, semestinya melakukan kesilapan, sementara kebaikan yang juga dilakukan pada masa yang sama.
Namun, Pakatan Rakyat yang hanya berumur 3.5 tahun, telah menunjukkan rekod yang tercemar, menurutnya. Malah, Chua mendakwa MCA yakin dengan sistem penghakiman untuk menegakkan keadilan, berbeza dengan mereka yang mengerah demonstrasi apabila dibicarakan di mahkamah.
Ketika menggulung perdebatan, Lim lebih untuk mempromosi dasar Pakatan Rakyat, mengambil kesempatan untuk menyeru agar masyarakat Cina menyokong PR. Lim tidak menjawab isu Negara Islam, cuma membalas dengan "PAS tidak pernah membunuh orang Cina", tanpa sebut nama Teoh Beng Hock.
Bagaimanapun, Chua mengasak Lim untuk mengemukakan satu dasar ekonomi - bagaimana untuk mengeluarkan rakyat dari tersepit dengan pendapatan rendah? Chua menganggap Lim masih kekal dengan perangainya sebagai kaki demo, dan hanya mengubal dasar populis ketika menerajui tampuk kerajaan.
Debat itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang dalam dewan, terdiri daripada penyokong MCA, DAP, orang awam dan pengamal media, dengan kelebihan peluang soal diberikan kepada penyokong MCA - sehingga diprotes penyokong DAP.
Pengerusi debat ini, Tang Ah Chai bagaimanapun memuji prestasi kedua-dua Lim dan Chua, dan berharap masyarakat ini memiliki keberanian untuk bersuara, dan kelapangan dada untuk mendengar pandangan yang berbeza. MerdekaReview / Anak Sungai Derhaka
Chua Soi Lek puji kehebatan Guan Eng..
KUALA LUMPUR: Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah satu pertembungan untuk menentukan menang atau kalah tetapi pentas untuk menyatakan pandangan masing-masing secara ikhlas dan jujur.
Bercakap pada sidang akhbar selepas debat selama sejam itu berlangsung, Dr Chua, 65, menegaskan yang menang sebenarnya adalah rakyat jelata yang akan dapat membuat pertimbangan yang lebih seimbang dan jelas selepas mengikutinya.
Beliau turut memuji Guan Eng sebagai seorang pemidato yang hebat dan berpengalaman.
"Beliau (Guan Eng) adalah seorang ahli politik yang muda, penuh bertenaga dan berpengetahuan luas," katanya mengenai ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 52 tahun itu.
Berhubung cadangan Guan Eng agar debat yang sama diadakan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Chua berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri. mStar
PRESIDEN MCA ANTIISLAM DULU, KINI DAN SELAMANYA...
PRESIDEN MCA CHUA SOI LEK DALAM DEBATNYA BERSAMA LIM GUAN ENG SEKALI LAGI SECARA JELAS DAN NYATA BAHAWA MCA BUKAN SAHAJA MENOLAK HUKUM HUDUD TETAPI DENGAN TEGAS MENOLAK PEMERINTAHAN ISLAM DI NEGARA INI... JIKALAU BEGINI KETEGASANNYA... SEBAGAI ISLAM...MASIH BERSEDIAKAH ANDA MEMBERIKAN UNDI ANDA KEPADA BN? BERSEDIAKAH ANDA TERUS BERADA DALAM NEGARA SEKULAR SELAMA-LAMANYA.
DALAM PERDEBATAN ITU, SOI LEK MENJELASKAN SIKAP TIDAK BERSETUJUNYA DENGAN DASAR ISLAM SEPERTI LELAKI PEREMPUAN DIASINGKAN TEMPAT DUDUK DALAM MAJLIS, LELAKI DAN WANITA DIASINGKAN KETIKA MENONTON WAYANG DAN BAGAIMANA DIA MENENTANG LARANGAN MENJUAL ARAK SECARA TERBUKA. JIKALAU KITA MASIH INGAT, ORANG YANG SAMA INI JUGALAH YANG MENENTANG DAN MENGKRITIK LARANGAN BERSALAMAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MUHRIM.... JIKA DEMIKIAN ADANYA..... APA PILIHAN ANDA? - Bicara Che Wan
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kronologi-debat-soi-lek-dan-lim-guan.html
No comments:
Post a Comment