Thursday, February 16, 2012

Penjelasan Isu Peruntukan Projek Kecil; Kerajaan tak kenakan rebat +Video

azizan abdul razakMB nafi wakil rakyat di Kedah tuntut rebat dari NGO
Feb 15, 2012 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyangkal dakwaan wakil rakyat dan exco di negeri ini 'memotong' sebahagian daripada peruntukan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing.

Ini kerana katanya, peruntukan yang diberi kerajaan pusat bagi tujuan projek kecil dan bantuan kepada NGO iaitu RM150,000 untuk exco dan RM100,000 bagi wakil rakyat disalur terus kepada pejabat daerah selaku Pegawai Pengawal.

"Wakil rakyat atau anggota exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik. Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka.

"Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri, di Alor Setar.

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa NGO di Kedah bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada wang bantuan itu terpaksa 'dipulangkan' kepada pihak tertentu.

Perkara tersebut didedahkan MCA Kedah dan semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas perkara itu dilapor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Azizan turut meminta MCA Kedah mengemukakan bukti wujud perbuatan sedemikian.

Beliau juga meminta NGO terbabit membuat laporan polis jika benar perkara tersebut berlaku.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang sebagai mengakui perbuatan tersebut berlaku.

Susulan pendedahan itu juga, difahamkan pembantu peribadi Tan digantung tugas sejak dua hari lepas atas arahan Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga siasatan ke atasnya berhubung dakwaan tersebut selesai.

Sementara itu, Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Laporan dibuat Ketuanya Tan Keng Liang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang antara lain meminta polis melakukan siasatan segera bagi mengesan kesahihan dakwaan tersebut. Bernama 


VIDEO

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/penjelasan-isu-peruntukan-projek-kecil.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular