Friday, February 17, 2012

Isu NFC : Muhyiddin Masih sayang Shahrizat?

Muhyiddin minta Najib bersabar?
Sinar Harian melaporkan semalam Najib Tun Razak menegaskan, soal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil akan meletakkan jawatan tidak dibincangkan dan kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet adalah "hak mutlak" beliau selaku Perdana Menteri.

"Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini .
Maknanya samada Sharizat kekal sebagai anggota Kabinet atau tidak nasibnya terletak ditangan Najib atau dalam lain ayat.. ikut suka dia lah!

Hari ini pula Sinar Harian juga melaporkan Muhyiddin Yassin berkata semua pihak perlulah menunggu sehingga siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selesai dibuat.

Sambil meminta semua pihak supaya bersabar, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak Peguam Negara kelak akan mengumumkan hasil siasatan itu.

Semua pihak tu.. sudah tentu termasuk Najib.. kenapa agaknya Muhyiddin minta semua pihak termasuk Najib bersabar agaknya??
KUANTAN - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak perlulah menunggu sehingga siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional
(NFC) selesai dibuat.

Sambil meminta semua pihak supaya bersabar, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak Peguam Negara kelak akan mengumumkan hasil siasatan itu.

"Saya tidak mahu buat komen secara khusus perkara itu, soal ini ada hubung kait dengan siasatan yang dibuat dan belum selesai lagi, eloklah kita bersabar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang di sini hari ini.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu NFC itu agar "jangan sayang kepada jawatan", Muhyiddin berkata: "Itu pandangan bekas Perdana Menteri kita, beliau ada sebab-sebab buat kenyataan itu, kita hormati pandangan itu."

Muhyiddin berkata beliau tidak mahu "bersangka buruk" dan Shahrizat boleh membuat keputusannya sendiri apabila siasatan itu selesai.

"Kita tak boleh buat andaian, perkara ini masih di peringkat siasatan. Kalau selepas itu sudah ada keputusan sama ada menerusi penyiasatan pihak tertentu terlibat (dalam kes berkenaan), kita tidak boleh buat jangkaan (ketika ini), jadi saya tidak boleh sangka buruk, kalau lihat situasinya selepas ini, dan kalau sudah ada keputusan pihak tententu terlibat, Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri," katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti. NFC, yang diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail didakwa menyalahgunakan dana pinjaman daripada kerajaan. - Bernama

Anak Sungai Derhaka

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-nfc-muhyiddin-masih-sayang.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular