Monday, February 13, 2012

Ini lah Natijahnya Apabila Undang2 Negara ISLAM 1Malaysia Tidak Sama Dengan Arab Saudi


“Kalau menghina Nabi Muhammad itu perkara serius di Arab Saudi"-Dr Maza 

Kassim Kembali Melalut!

Selawat pada Nabi Muhammad sama dengan menduakan Tuhan - Kassim Ahmad

Kassim Ahmad sinonim dengan kontroversi.

Mula-mula dengan ayat di dalam puisinya 'Tuhan sudah mati...".
Kemudian dengan penolakan hadithnya dan banyak lagi menyusul yang berlawan arus dengan pemahaman umat Islam terbanyak di seluruh dunia terutamanya di negara kita Malaysia.

Dalam tulisan terbarunya beliau menjawab mengapa beliau tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad ketika berucap di majlis pelancaran buku terbarunya 'Islam Renaissance - A New Era Has Begun'

Beliau menjawab walaupun tak ada orang bertanya maksudnya beliau memang sengaja berbuat begitu dan mengharapkan ada orang bertanya. Oleh kerana tak ada maka dia menulis di dalam blognya.

Kenapa beliau menolak untuk berselawat adalah disebabkan ayat Quran yang di dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, yang berbunyi "Tuhan dan MalaikatNya berselawat ke atas nabi..." telah diterjemahkannya atau ditafsirkannya selawat sebagai merestui.

Jadi bagi Kassim Ahmad ayat tersebut berbunyi begini, " Tuhan dan MalaikatNya merestui Nabi..." lalu ditafsir selanjutnya akan logik maksud ayat sebagaimana tafsirannya tersebut.

Kassim juga berkata selawat kepada Nabi sebagaimana amalan biasa majoriti umat Islam seumpama melebihkan Nabi Muhammad berbanding dengan lain-lain Nabi sebelumnya sedangkan Tuhan melarang kita membeza-bezakan Nabi-Nabi yang ada.

Kassim seterusnya mengerutkan dahinya merasa hairan kenapa para cendikiawan Islam dari dulu sampai sekarang gagal memahami sebagaimana dia memahami makna ayat-ayat tersebut.

Kassim memakai kata Cendikiawan Islam berbanding Ulama kerana bagi beliau tiada ulama dalam Islam dan kewujudan perkataan ulama menimbulkan amalan 'kasta' dalam islam.

Nota: Bagaimana agaknya Kassim memuliakan ibunya dan pernahkan Kassim mendoakan ibunya agaknya? mungkin bagi Kassim mendoakan ibu sama juga dengan mendewakan ibu...?


Petikan tulisan Kassim Ahmad :

PENDEWAAN PEMIMPIN – SUATU KELEMAHAN MANUSIA

darul_hikmah33@yahoo.com.my

12 Februari, 2012

Kebanyakan orang, walau apa pun kamu buat, tidak akan beriman. – Quran, 12: 103.

Kebanyakan yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan.
– Quran, 10: 106.

Jangan menyembah dua tuhan; tuhan hanya satu. – Quran, 16: 51.

Pada 5 Februari yang lalu, saya mengadakan majlis pelancaran buku saya yang baru (Islamic Renaissance – A New Era Has Begun, Brainbow Press, U.S.A. 2012) di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Ucapan pelancaran diberikan oleh Sdr Nik Aziz Hassan, bekas Ketua Jabatan Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seorang anggota pimpinan Kumpulan Shah Waliullah di Kota Bharu, Kelantan. (Shah Waliullah seorang failasuf besar Islam India aba ke-18.)

Kebetulan hari itu terjatuh pada hari Maulidil-Rasul, lalu saya meminta hadirin mengingati perjuangan tokok humanis yang agung ini, yang telah memberikan kita kitab suci yang terakhir, Quran’ul-Karim. Saya tidak menyebut frasa Arab sallal’llahu ‘alaihi wasallam ketika menyebut nama tokoh besar ini, seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang Islam. Perkataan yang digunakan itu selawat, selawat kepada Nabi Muhammad.

Walaupun pada waktu soal-jawab, tidak siapa daripada hadirin menanya saya tentang perkara ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawabnya.

Ayat suci yang digunakan sebagai asas selawat ini datang dari Surah Al-Ahzab (33), ayat, 56. Bunyainya: “Tuhan dan malaikat-Nya merestui Nabi. Hai kamu yang beriman, hendaklah kamu restui beliau, dan hormati beliau dengan kehormatan yang sewajarnya.” (Restu, ertinya sokong, bantu.) 

Sekiranya kita mengambil ayat ini tanpa banyak usul periksa dan mengucap selawat apabila nama Nabi Muhammad disebut, bermaknalah kita telah membezakan antara rasul-rasul Allah. Membezakan antara rasul-rasul Allah itu dilarang oleh Tuhan. Rujuk Quran, 2: 136.

Apabila kita mengkaji dengan teliti ayat selawat tadi, kita akan dapati bahawa 13 ayat sebelum itu (ayat 43), terdapat ayat yang berbunyi: “Dialah yang merestui kamu (yakni orang mukmin), bersama-sama dengan malaikat-Nya untuk membimbing kamu keluar dari kegelapan kepada cahaya.” Ini bermakna, bukan Nabi Muhammad saja yang direstui oleh Tuhan dan para malaikat-Nya, tetapi juga orang mukmin. Malah orang mukmin disebut dulu!

Ini logik sekali. Nabi Muhammad itu pemimpin orang mukmin pada ketika itu. Orang mukmin itu memang tanggunjawab Tuhan (dan para maalaikat-Nya) sokong dan bantu. Demikian juga pemimpin orang mukmin.

Ada tiga perkara yang disebut dalam “ayat-ayat selawat” ini. Pertama, orang mukmin dan juga pemimpin mereka direstui Tuhan dan malaikat-Nya. Kedua, orang mukmin dikehendaki menghormati, membantu dan menyokong pemimpin mereka. Ketiga, Nabi disuruh merestui orang mukmin, kerana restu Nabi menggalakkan mereka untuk berjuang di alan Allah. (Ini disebut dalam ayat 103, Surah 9.)

Soalnya, mengapakah kebanyakan cendekian Islam (saya gugup hendak menyebut perkataan ‘ulama’, kerana kasta ulama tiada dalam Islam!) dari dulu hingga sekarang gagal menghuraikan perkara ini? Mereka membiarkan umat Islam melakukan dosa syirik, yakni menyengutukan Tuhan, sedangkan dosa syirik itu satu-satunya dosa yang tidak diampunkan Tuhan.

Saya telah memetik dan meletakkan tiga ayat suci di depan esei ini. Ayat pertama menerangkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman. Ayat kedua menerangkan bahawa kebanyakan orang yang beriman tidak beriman kecuali menyengutukan Tuhan. Ayat ketiga melarang kita daripada menyebah dua tuhan. (Siapa yang menyembah dua tuhan? Orang Hindu menyembah banyak tuhan; orang Kristian menyembah tiga tuhan. Yang menyembah dua tuhan, siapa? Fikirlah sendiri!)

Kita harus berwaspada terhadap kecenderungan manusia untuk mendewa-dewakan pemimpim. Pendewaan terhadap pemimpin membawa akibat kita menjadi hamba kepada pemimpin itu. Kita tidak bebas. Sedang kita dijadikan Tuhan khalifah untuk menentukan nasib kita sendiri. Kita dijadikan Tuhan raja untuk mentadbirkan Alam Semesta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular