Individu yang berjaya membuat rakaman insiden "pergaduhan" di KFC I-City baru-baru ini,hari ini telah tampil kehadapan menjelaskan perkara sebenar..
Beliau menjelaskan insiden tersebut tiada kata-kata perkauman yang digunakan didalam insiden tersebut...
Menurut Jess6366 (nick name youtube)...
NG (mangsa pukul) menjadi marah apabila pengurus KFC
tersebut tidak memberitahu kepada semua pelanggan bahawa mereka sudah kehabisan ayam goreng...
Sedangkan ada pelanggan yang berbaris hampir sejam untuk membeli ayam goreng KFC..
Dan menurut Jess lagi...
"Selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak.."
Kat Bawah ni petikan dari Blog FITNAH Papa Gomo
+++++++++++++++++++++++++
Lelaki cina yang dipukul itu semalam membuat sidang media di pejabat DAP Segambut menyatakan:
"Danny Ng, 26, ketika menceritakan semula insiden tersebut berkata, beliau berasa marah kerana menunggu lama di dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan itu telahpun habis. Beliau seterusnyna memarahi pekerja berkenaan dengan suara yang kuat, tetapi beliau tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun yang bersifat perkauman."
Itu kenyataan mangsa yang ditumbul oleh pekerja KFC, namun saksi saksi tempat kejadian yang berada dilokasi kejadian menyatakan Lelaki Cina DAP itu telah menghamburkan kata kata nista dan kesat keatas para pekerja Melayu dengan menyatakan "Cibai Punya Melayu".
Oleh kerana perkataan "Cibai Punya Melayu" yang dilemparkan oleh lelaki Cina DAP itulah menyebabkan para pekerja KFC baik dari Kaunter mahupun dapur keluar dan memarahi lelaki Cina DAP yang biadap itu sehingga salah seorang pekerja KFC menumbuk lelaki DAP tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bagi aku...
Bagi aku...
kalau kedua-duanya sabar perkara ini takkan berlaku..
dan sekiranya pekerja KFC di barisan pelayan mendapatkan jumlah pesanan dari pelanggan,perkara ni takkan berlaku dan dapat mengelakkan pelanggan beratur lama yang akhirnya hampa apabila kehabisan ayam goreng...
Pesanan awal ini pernah dilakukan oleh staff KFC seksyen 18 Shah Alam...
apabila mereka melihat pelanggan beratur panjang, akan ada staff yang datang kepada pelanggan yang sedang beratur dan mengambil pesanan awal...
Dengan cara ini tukang masak boleh tahu awal apakah yang perlu digoreng terlebih dahulu...
samada "spicy" ataupun "original"...
dan apakah "Add on" yang perlu disediakan dalam kadar yang banyak...
Nanti tidak lah berlaku pelanggan semuanya mahukan Spicy tetapi yang digoreng adalah original...
Berniaga kena bijak... kena banyak sabar..
jadi pelanggan pun kena banyak sabar...
Kalau dah tak ada ayam selepas lama menunggu,lebih elok diambil "borang aduan" yang sememangnya sentiasa ada disediakan oleh pihak KFC...
Tak perlu jadikan semua ini isu perkauman....
Ianya hanyalah di antara dua lelaki melayu dan cina yang hilang sabar...
itu sahaja...
No comments:
Post a Comment