Feb 12, 2012 Spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.
Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.
Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.
Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projekDanga Bay itu. Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.
Sehubungan itu, masa pertemuan yang panjang itu dipercayai akan berkisar tentang perbincangan isu-isu politik berbanding perkara sosial. Antaranya sama ada Datuk Ghani Othman yang telah berkhidmat selama empat penggal akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar jika BN yang diramalkan akan terus berkuasa selepas pilihan raya akan datang.
Najib dikatakan mahu Ghani supaya terus berkhidmat tetapi menteri besar itu dalam kiasan pada ucapannya semasa perayaan Thaipusam, baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau mahu berundur dan telah juga mengenal-pasti calon yang paling layak mengambil tempatnya.
Sebelum ini, Ghani telah berulang-kali berkata bahawa ahli parlimen Johor Baharu Datuk Seri Shahrir Abdul Samad patut diberikan peranan lebih luas dalam hierarki Umno negeri itu berdasarkan integriti dan keupayaannya.
Ini dilihat sesetengah pihak sebagai petanda jelas bahawa Ghani bersetuju mengundurkan diri supaya Shahrir dilantik sebagai penggantinya.
Namun bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas menteri besar Johor, beliau bersedia melepas Ghani tetapi bukannya digantikan oleh Shahrir, yang dianggap bukan penyokong setianya.
Dalam perkiraan politik Umno Johor yang rumit, mana-mana calon yang mahu menggantikan Ghani, kecuali Shahrir mesti bergabung dengan Muhyiddin bagi menghidupkan sebarang peluang bagi mendapatkan kedudukan itu.
Selain itu, perkenan Sultan Johor juga penting sebelum keputusan pilihan muktamad dibuat. Baginda dikatakan juga bersetuju supaya calon baru dilantik sebagai menteri besar yang baru.
Sejarah membuktikan pilihan menteri besar di Johor cukup rumit. Putrajaya sedar pilihan yang tidak diperkenan oleh Istana Bukit Serene mungkin membawa padah dan menimbulkan pelbagai masalah lain.
Percaturan memilih menteri besar baru semakin kusut apabila pada masa yang sama timbul ura-ura bahawa jawatan nombor satu dalam Umno yang kini diduduki oleh Najib sedang diintai oleh Muhyiddin.
Ramai penganalisis politik berpendapat jika Umno gagal merampas semula majoriti dua pertiga di parlimen dan juga beberapa negeri yang tewas pada pilihan raya umum 2008, maka Muhyiddin dijangka mencabar ketuanya itu. Lebih-lebih lagi pemilihan parti mesti diadakan selepas pilihan raya umum. Mkini
Baca >> Kubu kuat Johor akan runtuh
Baca >> Kubu kuat Johor akan runtuh
Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
Kah kah Kah... Baik Bagi tau je kat Sultan Johor Tu lepas PRU13 Ni MB dari PAS Pulak.. Habaq la Kat Sultan Johor.. Ni Tahun Terakhir kami memerintah Johor.. kah kah kah..Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · 2 hours ago
Usin Wafer · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Fuji Electric Semiconductor (M) Sdn. Bhd.
huhuhu..aikk..baru ja kata nk bg MB Johor kat (PAS) Salahudin..trus Najib gelabah huhuhu...Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · about an hour ago
B.s. Lim · Top Commenter
jadi khalid nordin tak dapat jadi MB lah...??Reply · Like · Follow Post · 41 minutes ago
Wak Senggol · Top Commenter · Uitm
Baru Haru dibuatnya, wak follow!Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
No comments:
Post a Comment