Saturday, February 18, 2012

Gempar!! Anwar Dipecat Kerana Umno Nak Jalinkan Hubungan Dengan Yahudi?

Apakah sebenarnya yang berlaku pada 1998? Hanya Mahathir sahaja yang tahu kerana beliaulah yang paling berkuasa pada waktu itu. Beliau dikatakan telah merancang hubungan dagang Israel dengan Malaysia. Rancangan beliau bermula sejak tahun 1994 lagi.

Menurut Wikipedia, Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.

Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2.


Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September 1994, Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak.
David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini.

PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge".

Menurut Wikipedia lagi, kerjasama ekonomi Malaysia-Israel bermula pada Mei 1994 , apabila Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Umno dan Barisan Nasional telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Walaupun begitu, pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan Steven Spielberg .

Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman. Pengharaman filem ini dibuat adalah semata-mata
bertujuan untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia yang telah lama ditipu oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional akan hubungan Malaysia dan Israel yang telah terjalin sejak tahun 1994 lagi.

Begitu juga dengan persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada 1984 yang telah dibatalkan kerana komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.

Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, iaitu pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan .
Untitled-3Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.

Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.

Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain. Pertemuan itu dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11][12]

Zahid juga telah meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia]] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel.

Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr diberitakan sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive" dari Yayasan Amal Malaysia Selangor - OLEH: AGEN DSAI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/gempar-anwar-dipecat-kerana-umno-nak.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular