Wednesday, February 15, 2012

Hari Kekasih: PAS, DAP setuju tak setuju

15 FEB — Pemuda PAS menghantar bantahan kepada Menteri Penerangan, Dr Rais Yatim kerana mempromosikan Hari Kekasih sedang sudut pandangan Islam budaya Hari Kekasih itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Maka terdapat pula reaksi DAP seperti yang dinyatakan oleh Pengerusinya, Karpal Singh mempertikai sikap Pemuda PAS itu atas alasan budaya itu telah diterima oleh semua negara dan ia diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

Apakah perbezaan pandangan dan sikap antara PAS dan DAP itu satu tanda kedua parti itu tidak boleh bersekutu dalam satu pakatan politik seperti yang sepakati melalui Pakatan Rakyat?

Perbezaan sikap antara keduanya dalam isu Hari Kekasih adalah salah satu dari banyak isu yang kedua-duanya tidak sekata. Malah isu hudud yang dikira penting pada PAS adalah jelas tidak disetujui oleh DAP.

Tetapi PAS boleh bekerjasama membentuk pakatan politik kedua yang setanding dengan Barisan Nasional kerana banyak lagi perkara besar yang membolehkan mereka bekerjasama.

PAS mengaku bahawa tidak setuju dalam banyak perkara dengan DAP dan DAP juga setuju yang ia banyak pandangan berbeza dengan PAS, tetapi kedua-duanya telah bersetuju untuk bersetuju dengan perkara-perkara yang boleh disetujui dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui.

Dengan kenyataan Karpal yang pihaknya tidak setuju dengan pendirian PAS tentang Hari Kekasih itu dapat difahami dan PAS memang mengetahui DAP dan penyokong-penyokong menganut kebudayaan itu.

PAS pula ada hak untuk menyatakan pandangannya berhubung dengan perkara yang ada hubungan dengan agama Islam. Dan DAP memang dari mula faham dan menghormati pendirian PAS mengenai Islam.

Semua perbedaan yang wujud sejak awal itu tidak menghalang keduanya untuk mengadakan muafakat politik kerana dari muafakat itu banyak perkara baik yang dapat ditegakkan untuk bangsa dan negara Malaysia.

Apa yang PAS itu tidak menghalang DAP dan penyokongnya untuk menyambut Hari Kekasih itu walau sebesar mana pun perayaan yang hendak disambutnya.

Seperti tidak senang PAS dan masyarakat Islam Kelantan terhadap anjuran MCA Kelantan hendak mengadakan festa minum arak tidak lama selepas menang semula di Kelantan tahun 1990 dulu. Pesta itu adalah reaksi MCA atas kemenangan PAS yang menegakkan Islam.

Kerana pesta itu bercanggah dengan Islam, maka PAS menyatakan sikapnya jika boleh elakkanlah. Tetapi MCA berkeras, baik kerajaan PAS setuju atau tidak, ia hendak adakan juga.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat nyatakan reaksinya tidak menyekat kemahuan MCA itu. Katanya kepada MCA, “Suka hati mulah, lantaklah minum sampai pecah perut pun...”

Tiba-tiba, entah mengapa MCA membatalkannya.

Maka demikianlah juga kalau peminat Hari Kekasih itu merayakannya sampai terbaring dan terterap sepanajang malam dan siang di tempat yang terkawal, masalahnyalah.

Apa yang PAS hendak ingatkan budaya yang nyata tidak setujui oleh sebahagian besar dari rakyat Malaysia yakni Islam, maka eloklah kerajaan tidak terlibat dalam memperomosikannya.

Kerajaan itu mendukung semangat Islam sebagai agama persekutuan. Raja-raja adalah ketua Islam di negeri masing-masing. Hari Kekasih itu telah disepakati bertentang dengan ajaran Islam. Kerajaan hormat sikitlah Islam dan Raja-Raja yang memayungi Islam itu.

PAS tentunya tidak sampai hendak menyekat orang lain menyambutnya. Tetapi janganlah sambutan itu jadi kegiatan penting kerajaan. Biarlah ia dirayakan mengikut yang dikira layak oleh mereka sebagai kegiatan sendiri.

Seperti arak yang diharamkan oleh Islam. Orang bukan Islam hendak minum di tempatnya sampai pecah perut pun, halnyalah. Babi adalah haram dalam Islam. Orang Islam kena sebutkan dari segi Islamnya ia haram. Tetapi orang Cina hendak adakan babikiu babi di tempatnya, ia adalah haknya. Jika ada orang Islam tumpang semangkuk, maka Islam akan nyatakan sikapnya.

Jika PAS tidak menyatakan sikapnya, maka PAS tidak menjalankan kewajipannya. Tetapi PAS tidak menyekat orang lain. PAS hanya hendak mengingatkan orang Islam supaya jagalah sikap dan iman masing-masing.

Ketika DAP dan PAS sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam setengah perkara, maka DAP tentunya bergembira dan bertuah dapat bersekutu dengan PAS sebagai pihak yang mempunyai sikap Islam yang jelas. DAP tentu tidak untung berkawan dengan Islam yang tidak tahu halal dan haram.

Oleh kerana PAS dan DAP bersetuju tak bersetuju dalam setengah perkara, maka kedua-duanya ada peluang banyak berbincang secara dalaman mengapa sesuatu itu tidak disetujui oleh PAS. Pengetahun DAP akan bertambah. Demikian juga pengetahuan PAS boleh bertambah dengan berbincang dengan DAP. - MI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/hari-kekasih-pas-dap-setuju-tak-setuju.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular