Tuesday, February 14, 2012

Mahathir Mudah Lupa...Bayar RM4 Juta Pada Abramoff

SHAH ALAM, 14 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lupa dengan tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama Presiden George W.Bush.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat dengan AS ketika itu .

Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit.

"Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat. Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada Antarapos petang tadi,

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai kepentingan mereka.

Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.

"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang buat"

"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Awar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.

Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.

"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka.

"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia dengan ISrael yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja diputarbelit,"tambah beliau lagi.

Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan negara-negara lain.

Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap temubual Anwar dengan Wall Street JOurnal (WSJ) lalu di mana beliau dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/mahathir-mudah-lupabayar-rm4-juta-pada.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular