Wednesday, February 15, 2012

Video kedua mengesahkan pekerja KFC bertindak kurang ajar terhadap Ng Chee Fei

Satu lagi video di upload dalm kes KFC menimbulkan kemarahan rakyat Satu lagi video di upload dalm kes KFC menimbulkan kemarahan rakyat
Sebuah video yang yang menunjukkan seorang pelanggan ditumbuk oleh staff KFC di outletnya di I-City Selangor yang telah menjana kamarahan umum telah disemarakkan lagi oleh lagi video yang diambil oleh pelanggan-pelanggan lain yang juga ada di tempat kejadian semasa itu. Mereka menghantarnya kepada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

“Ini adalah video kedua yang di ambil oleh seorang pelanggan yang juga berada di KFC I-Citysemasa pergaduhan itu,” kata Lip Eng dalam twitternya.

Kurang ajar dan tidak professional

Video kedua itu mengesahkan bahawa pekerja KFC itu telah bertindak kurang ajar terhadap Ng Chee Fei yang telah berada di restoran itu bersama isterinya pada 6 Februari lepas. Walaupun Ng telah menjerit kepada staf, ia adalah kerana mereka telah menjawab beliau dengan kurang ajar dan ada juga yang hadir mengatakan bahawa tidak perlu tindakan ganas daripada staf walaupun ada provokasi.

Menurut Ng, dia dan isterinya telah menunggu selama satu jam dan hanya kemudian diberitahu “ayam sudah habis, apa you mahu lagi?”.

Marah disebabkan perkhidmatan yang teruk itu, beliau mula menjerit kepada mereka dan bermulalah perang mulut. Menurut isternya, ada staf yang membawa palang besi untuk mengugut mereka.

Walaupun telah ditarik keluar oleh isterinya, Ng kemudian masuk kembali dan meminta nama mereka supaya dia dapat membuat komplen secara formal. Semasa itulah salah seorang daripada pekerja menumbuknya di muka manakala pengurus outlet itu hanya berdiri di tepid an becakap-cakap dengan orang lain.

Menjadikan isu perkauman tetapi ia hanya perkhidmatan pelanggan yang teruk

Ada yang berada ditempat kejadian dan mengambil video insiden tersebut dan upload ia pada Youtube di mana video kemudiannya menjadi popular. Terdapat golongan penyokong Umno yang bimbang dan cuba menutup keganasan yang ditunjukkan oleh staf KFC itu mendakwa insiden tersebut adalah Melayu vs Keangkuhan Cina. Ng dituduh sebagai orang Cina yang angkuh.

Ini telah membawa Ng nasihat pandangan undang-undang dan membuat laporan polis mengenai insiden tersebut. Di balai, Ng dinasihatkan untuk tidak membawa dirinya meminta bantuan Pakatan Rakyat demi semangat 1Malaysia.

Walaubagaimanapun, setelah KFC enggan bersuara dan mereka masih menunggu permohonan maaf KFC, Ng membuat keputusan untuk pergi kepada Lip Eng untuk pembelaan. KFC juga merupakan firma yang berkait rapat dengan Umno.

“Saya tidak akan pergi ke KFC untuk satu jangkamasa yang lama, mental saya sangat stress,” beritahu Ng dalam sebuah sidang media pada hari Khamis.

“Ini bukanlah alasan untuk serangan fizikal. Saya tidak menyerang kembali kerana keganasan bukanlah jawapannya. Khabar angin yang mengatakan saya mabuk semasa insiden juga tidak benar.”

Lupakan rod besi dan anak kurang ajar

Semua mata tertumpu pada KFC sama ada ia akan menyiasat perilaku stafnya. Mata juga tertumpu pada pihak Polis untuk melihat sama ada mereka akan mengambil apa-apa tindakan.

Terdapat jangkaan bahawa Ibrahim Ali, Presiden Perkasa akan bercakap bagi pihak staf KFC. Malaysia Chronicle

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/video-kedua-mengesahkan-pekerja-kfc.html



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular