Monday, February 13, 2012

Saya akan berundur jika ditewaskan - Zaid


Beberapa hari selepas mengumumkan niatnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) presiden parti itu Datuk Zaid Ibrahim terus dibidas ahli-ahli di beberapa negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, Zaid kelihatan cuba menawarkan kompromi bagi ahli-ahli parti untuk memilih sama ada pembubaran ataupun memecat ahli-ahli yang bermasalah.

Zaid berkata cadangan berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti (CEC) akan datang.

Menurutnya jika CEC enggan memecat ahli-ahli yang bermasalah dan menuntut sidang perwakilan khas untuk membubarkan parti itu, maka beliau akan berundur dari KITA.

"Sudah tentu, saya akan berundur kerana saya hanya mempunyai satu undi," katanya.

Ditanya sama ada beliau telah membuat ‘pusingan U’ dengan menawarkan pilihan itu, Zaid menafikannya dan berkata ia hanya satu idea.

"Saya tidak boleh membubarkan parti (begitu sahaja), ia perlu melalui proses ... Ia bukan mudah, anda memerlukan tiga perempat daripada ahli-ahli yang bersetuju.

“Hanya kerana saya kata kita akan bubarkan parti, ini tidak bermakna KITA akan dibubarkan, ia bergantung kepada ahli-ahli. Semua ahli, termasuk saya mempunyai satu undi," katanya. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular