Monday, February 6, 2012

Shahrizat menarik UMNO dan SPRM jauh dalam api NFC

Keengganan Shahrizat letak jawatan menarik UMNO dan SPRM jauh dalam api NFC Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil yang sedang dilanda kontroversi enggan letak jawatan walaupun sudah banyak suara-suara sumbang dalam parti yang menggesa beliau berbuat demikian termasuk timbalannya serta pemimpin veteran seperti Mahathir dan Rafidah Aziz. Shahrizat memilih untuk menyalahkan pihak pembangakang.

“Pihak pembangkan tidak membuat-buat cerita mengenai pembelian kondo, Mercedes Benz dan lain-lain. Sudah tiba masanya Shahrizat mengaku sahaja. Parti beliau sendiri mahu beliau letak jawatan. Tiada sebab mengapa beliau harus menyalahkan PKR kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan oleh keluarga beliau. Adakah beliau menyeru rakyat supaya menghukum Pakatan kerana mendedahkan salahlaku keluarga beliau dan undi BN sebab membantu beliau menutup skandal tersebut?” beritahu Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Wanita paling tidak popular di Malaysia sekarang

Sememangnya pelik yang Shahrizat tidak merasakan bahawa beliau adalah wanita paling tida popular di Malaysia sekarang dan telah lupa bahawa antara sebab mengapa beliau dengan senangnya dapat mengalahkan Rafidah dahulu untuk jawatan Ketua Wanita pada 2009 adalah disebabkan Rafidah dilihat bersalah dalam rasuah Authorized Permit (AP) kenderaan bermotor.

Walaubagaimanapun, Shahrizat tetap berkeras akan kembali bekerja pada hari Isnin selepas pulang dari Mekah pada hari Jumaat; beritahu beliau kepada para wartawan.

“Tidak berbaloilah saya sebagai seorang menteri dan ketua kepada 1.3 juta ahli sekiranya saya lemah dan tunduk kepada drama yang direka cipta oleh pihak pembangkang,” beritahu Sharizat kepada wartawan.

“Semua serangan ini dan ketamakkan pihak pembangkang yang saya saksikan ini menjadikan saya semakin kental untuk memimpin Wanita UMNO pada pilihanraya yang akan datang.”

Wanita Umno berpecah kerana skandal NFC

Namun beliau langsung tidak memberi komen apabila ditanya mengenai seruan untuk letak jawatan oleh Rafidah atau Kamilia Ibrahim, timbalan beliau dan sekali lagi memilih untuk berselindung disebalik kerusi Ketua Wanita.

“Saya menghormati beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO tetapi saya yang menjadi Ketua Wanita sekarang dan menjadi tugas saya untuk memastikan Wanita UMNO bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya yang akan datang,” ujar Shahrizat bila ditanya mengenai komen Rafidah.

“Saya faham maksud beliau,” kata Shahrizat merujuk kepada timbalannya Kamilia. Kamilia telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan Shahrizat sebagai bebanan dilihat Shahrizat sebagai usaha untuk merebut jawatan beliau. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa sayap wanita kita berpecah.

Walaupun dengan kenyataan berani Shahrizat dan pembelaan dirinya, Wanita Umno kebanyakkannya tidak gembira dengan dakwaan rasuah RM250 juta terhadap keluarga Shahrizat membabitkan Feedlot Kebangsaan.

Mereka mahu beliau berundur sehingga selesai siasatan, apatah lagi dengan kemungkinan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Skandal NFC yang semakin digembar-gemburkan itu sudah pasti akan membuatkan pengundi lari daripada Wanita Umno.

“Mereka mahu Shahrizat sedar untuk berundur sendiri dan jangan meletakkan keputusan itu ke atas Perdana menteri,” Petikan daripada pendapat Rafidah dalam Malay Mail.

Menarik Umno lebih dalam bahang NFC

Bekas presiden Umno, Mahathir juga menasihatkan beliau untuk ‘berundur sebelum dihalau’.

Tetapi kelihatan seperti Shahrizat cekal untuk menarik Umno sedalam-dalamnya skandal tersebut. Ada penyokong beliau yang percaya bahawa ia adalah dimahukan oleh PM sendiri. Ada cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib mahu menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Tetapi, yang menyedihkan adalah Umno yang semakin buruk disebabkan skandal ini dan Najib tidak dapat menahan kemaraan api yang diciptanya sendiri. Musuh Shahrizat dalam Umno menanti perletakan jawatan Shahrizat manakala penyokong beliau mahukan Shahrizat menunggu sehingga ke akhirnya dan mendapatkan tawaran yang terbaik daripada Najib sebelum berundur. Mereka menyalahkan kumpulan Najib untuk Raja Nong Chik dan PM layak mendapat balasan atas tindak-tanduknya sendiri.

Sementara itu, Raja Nong Chick yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai dan Menteri Wilayah Persekutuan telah menyibukkan dirinya di kawasan itu dengan poster dan banner gambar dirinya sendiri bersama Najib di sekitar Kerinchi dan Bangsar.

SPRM dikecam kerana tidak ambil tindakan

Rakyat Malaysia sudah banyak didedahkan dengan skandal-skandal, termasuk komisyen RM570 juta Najib hasil daripada pembelian dua buah kapal selam Scorpenes. Beberapa lagi tawaran korporat yang melibatkan penjualan murah saham dalam syarikat automotif negara, Proton kepada kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, projek Leburaya Pantai Barat yang begitu mahal dan tukar tangan saham AirAsia-MAS yang masih dipersoalkan.

Ramai yang menuntut agar SPRM mengambil tindakan ke atas pelbagai kes tersebut, Tetapi NFC lah yang paling menjana perhatian ramai. Ramai yang marah kerana kelihata seperti SPRM tidak mengambil tindakan terhadap suami Shahrizat Salleh Ismail, yang dituduh oleh seorang personaliti Umno Shamsubahrin Ismail membayarnya untuk merasuah pihak polis dalam siasatan.

Salleh sudahpun dalam reman polis, lagi memcetuskan cakap-cakap dan perbalahan dalam Umno di antara pelbagai pihak yang menyokong dan tidak menyokong serta rundingan untuk mendapatkan jalan terbaik menutup skandal tersebut.

Selain Shahrizat dan Najib, mereka yang terlibat dalam skandal itu adalah TPM Muhyiddin Yassin yang enggan memanggil Suruhanraya diraja untuk menyiasat perkara itu, bekas PM Abdullah Badawi, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menteri pertanian yang mengawal projek tersebut.

Tiba masa keluarga Shahrizat berhenti bersembunyi dibelakangnya

Dalam usaha beliau berunding untuk mendapatkan taawaran terbaik melepaskan keluarga beliau, Shahrizat juga menyerang musuh beliau, dengan memberi kenyataan bahawa tiada sesiapa dala Umno yang tidak bermasalah. Ini dilihat oleh ramai sebagai amaran untuk mendedahkan salahlaku rakan-rakannya yang lain dalam Umno sekiranya mereka bersikap melampau terhadapnya.

Tetapi pengkritik berkata bahawa rasuah adalah rasuah dan sudah tiba masanya beliau berhadapan dengan akibat penyalahgunaan dana dalam NFC walaupun niat asalnya adalah untuk melindungi keluarganya. Juga sudah tiba masanya keluarga beliau tidak lagi berselindung disebalik beliau dan mengaku terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dalam NFC dan jangan mengharapkan beliau melindungi mereka lagi.

“Yang pertamanya, rasuah itu salah. Jadi kita tidak dapat untuk bersimpati. Jika dakwaan adalah benar, beliau juga telah menikmati makan angin tersebut, kondo dan segala faedah lain. Sudah tentu suami dan anak-anak beliau tidak akan meninggalkan beliaudalam aktiviti yang mereka buat? Adakah ini masuk akal?” ujar Tian Chua. Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular