Thursday, February 9, 2012

Azizan Letak Jawatan??


Spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

“Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu… ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka,” katanya ketika dihubungi.

Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi
.
Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

“Boleh jadi… saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang… saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar,” katanya.

Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.

Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.

Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera Pakatan Rakyat mempertahankan negeri ini. - Bernama

padi Jantan : MB Kedah letak jawatan??

Siapa tidak kenal kepetahan blogger umno yang suka fitnah [ rujuk disini - papagomo bakal disaman 10Juta ].

Hari ini, 8 Feb ada lagi seorang blogger PADI JANTAN yang memang jantan, cuba untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan satu mesej pada 7 Feb 2012 kononnya Mb Kedah akan letak jawatan pada jam 11 Pagi pada hari ini ( 8 Feb 2012 ). Namun sekarang sudahpun pukul berapa tidak pun Mb Kedah letak jawatan.

Padi jantan juga merasa yakin dengan perasaanya yang tinggi mengatakan Mb Kedah sedang tenat dalam Politik di Kedah. Fuyyo, memang hebat lah Padi Jantan ini. Tuduhannya meleset sama sekali, tambahan pula tiada bukti kukuh yang meyokong statement padi jantan tersebut.
blognya disini : http://padijantan.blogspot.com/2012/02/azizan-razak-letak-jawatan.html
Baca Selanjutnya »

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular