Ketika hadir pada majlis walimas anak Muhammad Sabu bertanya timbalan presiden Pas itu berhubung dengan kedudukan presiden parti yang hendak membubar partinya Zaid Ibrahim. Saya tanya Mat berhubung dengan kenyataannya kononya Pas sedia memberi kerusi kepada Zaid Ibrahim.
Saya nak tahu apakah benar Mat berkata demikian atau ia hanya spekulasi atau pun ada orang yang campak berita itu kepada media untuk membolehkan Zaid menguji market dan nilainya dalam pasar politik Pas.
Apa kata Mat; "saya kata kalau ada kerusi dan perkara itu belum dibincangkan. Saya tak kata Pas nak bagi kerusi tetapi kalau ada mungkin boleh," begitulah tutur Mat Sabu menjelaskan kenyataanya.
Jelas bahawa Pas belum membincang apa-apa mengenai Zaid Ibrahim. Kehadiran bekas orang Umno itu ke majlis kenduri anak timbalan presiden Pas tengah hari kelmarin itu menjadi perhatian umum. Ada orang beranggapan kemunculan Zaid itu ada kena mengena dengan kenyataan lunak Mat Sabu terhadap Zaid.
Semasa saya sedang makan seorang muslimat Pas memberi tahu saya, katanya tadi Zaid Ibrahim ada datang dengan isterinya.
Saya melepas kata kepada muslimat Pas yang duduk di seksyen 7 Shah Alam itu dengan berkata; untuk apa dia datang nak mengending dengan Pas... nak minta kerusi dengan Pas. Tak malu..!" Muslimat itu hanya terdiam dan membela Zaid dengan berkata; biarlah dia datang.....
Saya memahami perasaan muslimat Pas itu lalu membetul balik kata-kata; ia bila seseorang itu diajak menghadiri majlis ia wajib hadir, yang mengundang hanya sunat sahaja. Tetapi yang menjadi persoalannya orang seperti Zaid tidak pernah nampak dalam majlis-majlis orang Pas seperti majlis Mat Sabu itu.
Tetapi tertakdirlah ada orang bagi lowongan kepada Zaid untuk bertanding atas tikit Pas seperti Inchek Ibrahim tentu dia akan mahu. Bagi saya dalam pandangan mata saya Zaid mahu berada dalam Parlimen sedangkan kedudukannya kini tidak tentu hala seperti pengembaraan kehilangan kompas.
Dalam pada itu saya tidak kira Pas Kelantan bersedia untuk menerima Zaid atau tidak. Pengalaman dikencing oleh Salentia masih diingati dan pedihnya masih terrasa sampai kini. Kalau Zaid diberikan kerusi seperti si Salentia saya percaya dia juga akan berbuat demikian.
Tidak payah berhujah panjang lebar mengenai perkara ini. Dalam tempoh tidak sampai lima tahun Zaid sudah menyertai tiga buah parti politik. Dari Umno kepada PKR kemudian Kita dan selepas kita mungkin ke parti "dia". Siapakah dia yang bermurahan hati dan akan tersihar dengan Zaid? Zaid kini saya nampak dia cuba mengintai lubang dalam Pas, DAP dan juga bekas partinya PKR.
Berbalik kenyataan Mat Sabu tadi ia berbentuk politik; Mat cuba menunjukkan politiknya dan politik Pas terbuka. Untuk maslahat politik tidak salah menerima sesiapa saja. Bagaimana pun perlu diingat Pas juga kena berfikir banyak kali sebelum membantu jangan terjadi laksana membantu anjing terjempit. [wm.kl.2:13 pm 08/02/12] MSO
No comments:
Post a Comment