HASSAN Kayu Jati kata 72 peratus di dalam PAS adalah sekular, manakala golongan Ulamak hanya ada sekitar 30 peratus. Mahu tanya juga, sewaktu Hassan Kayu Jati ini berada di dalam PAS, dia di dalam golongan yang mana satu? Ulamak? Sekular? Mungkin dia bukan sekular, bukan juga Ulamak, tetapi `Parasit'. Itu confirm.
Mari kita ikuti apa yang Hassan Kayu Jati `Parasit PAS' ini sebut;
“Sekarang ulama (hanya) tinggal 30 peratus..itu golongan yang mahu mempertahankan perjuangan asli PAS”, katanya, dalam sidang akhbar di rumahnya, Taman Dun Dr Ismail, 4 Feb.
Menurutnya, golongan ulama yang berada dalam lingkungan 30 peratus tidak mampu mengatasi keputusan golongan pemutus dasar 72.28 peratus.
“72.28 peratus..jadi maknanya dia mempengaruhi keputusan..dia mempengaruhi apa yang nak dibuat oleh pimpinan tertinggi..dia mempengaruhi hala tuju parti..dia mempengaruhi hubungan PAS dengan DAP dan PKR..dia mempengaruhi polisi di peringkat pakatan rakyat..
“Dia mempengaruhi orang-orang PAS..supaya sekarang ini, kita jangan fikir (tentang) Negara Islam..kita jangan fikir hudud..kita jangan fikir moral Islam..kita (hanya) ke Putrajaya..ke Putrajaya”, katanya (Sumber)
Tidak sampai hati aku mahu sebut Hassan Kayu Jati ini bodoh, sebab ramai yang kata dia ada Phd. Lagi pun dia pernah duduk di dalam PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, masakan dia tidak tahu Perlembagaan PAS. Betul juga kata orang, sesiapa yang berkawan atau bersekongkol dengan Umno, sikit sebanyak `otak lembu kondo' mesti berjangkit ke atasnya. Ini bukan tuduhan, mari kita jawab hujah bengap orang ada Phd ini.
Hassan Kayu Jati kata di dalam PAS ada 72 peratus yang bukan Ulamak, lebih dahsyat lagi beliau tuduh sebagai Sekular. Beliau guna otak lembu kondo dengan menyamakan dasar PAS dengan dasar Umno iaitu yang banyak menentukan dasar PAS. Lojiknya bagi Hassan Kayu Jati, tentulah yang 72 peratus ini penentu dasar PAS.
Selama beliau memegang Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, rupa-rupanya beliau tidak tahu bahawa dasar PAS ditentukan oleh Majlis Syura dan Ulamak PAS bukannya ditentukan oleh majoriti ahli. Masakan beliau tidak tahu, untuk menetapkan calon PAS bagi Pilihanraya pun ditentukan oleh Majlis Syura dan Ulamak PAS, ini kan pula dasar PAS. Semenjak bila PAS ubah Perlembagaan memberi kuasa kepada majoriti untuk menentukan dasar PAS?
Cuba Hassan Kayu Jati sebut, di mana dasar di dalam PAS yang tidak mendapat kelulusan atau pengiktirafan dari Majlis Syura dan Ulamak sebaliknya ditentukan oleh 72 peratus itu? Sebab itu, aku mahu sebut juga bahawa Hassan Kayu Jati ini menjadi terlalu bodoh yang mana ahli PAS Cawangan pun tahu Perlembagaan dan dasar PAS. Lebih banyak Hassan Kayu Jati menyalak sampai kembang-kembang hidung dan tegang urat leher, semakin nampak Phd beliau layak ke longkang saja./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment