Monday, February 6, 2012

ZAID IBRAHIM tanding TIKET PAS di KOTA BAHARU?


Utusan Pencacai Umno melaporkan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan PAS Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

"Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya.

Mat Sabu juga dilaporkan meminta petugas dan penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan semua 60 kerusi parlimen yang dituntut PAS bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan kabinet sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

"Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan PKR dengan 31 kerusi.

"Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga? Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya lagi petik akhbar Umno itu.

Kenyataan Mat Sabu tersebut membayangkan mungkin strategi politik untuk meletakkan Zaid bertanding di Parlimen Kota Baharu.

Blog ini berpandangan tidak perlu untuk meletakkan calon proksi di mana-mana kerusi PAS kerana PAS sekarang berada dalam keadaan bersedia dan cukup calon. Tidak perlu kita mengulangani kesilapan meletakkan Ibrahim Perkasa(M) di Pasir Mas pada PRU 2008 di mana akhirnya Presiden Perkasa(M) itu menikam dan memerangi PAS.

Apakah kita tidak belajar dari kesilapan??????????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular