KEHADIRAN dua 'ekor' Toyol dalam Kabinet Malaysia ialah sketsa paling Sadis yang pernah difilemkan oleh SabahkiniTV, tetapi perbuatan dua ekor toyol ini lebih kejam lagi kerana perbuatan tidak berhati perut mereka telah menyebabkan rakyat Sabah hidup dalam keadaan ketakutan setelah tragedi plumbum di Nigeria dan China menyerang dunia.
SabahkiniTV memohon maaf kerana visual dan suara tidak serentak kerana menghadapi masalah teknikal ketika memuatnaik videoklip ini ke Youtube. Kepada dua ekor 'Toyol' bertaubatlah sebelum tertangkap!
SabahkiniTV memohon maaf kerana visual dan suara tidak serentak kerana menghadapi masalah teknikal ketika memuatnaik videoklip ini ke Youtube. Kepada dua ekor 'Toyol' bertaubatlah sebelum tertangkap!
TRIVIA TOYOL DALAM KABINET?
from sabahkini.net by sabahkini.net
ATAS permintaan ramai peminat Sabahkini.net di luar bandar yang mengadu capaian internet mereka terlalu rendah dan tidak dapat menonton Videoklip 'Toyol Dalam Kabinet' dan meminta Sabahkini.net menyiarkan skrip untuk bacaan dan ulasan mereka.
TEKS PENUH 'TOYOL DALAM KABINET'
Oleh : PANEL SKRIP SABAHKINITV
MUNGKIN tidak ada walau seorang pun anak Raja-Raja Melayu, atau Perdana Menteri, Menteri Kabinet Malaysia, 222 Ahli Parlimen Malaysia, 65 Senator Dewan Negara dan 60 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tidak bersekolah di sekolah yang menggunakan bateri asid plumbum sebagai medium simpanan tenaga elektrik solar; sehingga tidak pernah mempedulikan nasib kanak-kanak sekolah di luar bandar yang terdedah setiap hari dengan logam berat yang berbahaya ini.
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat Sabahkini.net, sama ada melalui portal atau Youtube, umpama mencurah air di daun keladi dan dipersendakan 'Golongan Elit' yang bangga menjadi Raja, Menteri dan ADUN.
Kaji selidik yang dijalankan Sabahkini.net mendapati hanya segelintir masyarakat Sabah tahu bahaya bateri asid plumbum tetapi masih menganggap remeh dan menyamakan bateri asid plumbum yang digunakan di luar bandar Sabah setaraf dengan bateri kereta, sedangkan fungsinya berbeza.
Walaupun lebih sejuta nyawa melayang di seluruh dunia akibat kesan keracunan plumbum yang dilupuskan secara tidak sempurna, namun tragedi kematian kanak-kanak di Afrika dan China tidak mampu meyakinkan Ahli Parlimen Malaysia dan ADUN Sabah untuk mengharamkan penggunaan bateri asid plumbum di Malaysia.
Hanya Ahli Parlimen Malaysia (Kawasan Tenom) iaitu Datuk Raime Unggi yang berani menongkah arus 'memperjuangkan isu bateri asid plumbum' dan mengorbankan banyak peruntukan Parlimennya untuk menjadikan 'Tenom' daerah pertama di dunia yang menggunakan 100 peratus 'Teknologi Hijau' di Kampung Katubu dan Sumambu.
Paling menyedihkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih menetapkan jenis bateri asid plumbum keluaran Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat di dalam tender Sistem Solar Hibrid untuk semua sekolah dan Sistem Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di kampung-kampung; sekaligus menggagalkan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia!'
Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa terdapat 'TOYOL' di KKLW yang melesapkan peruntukan pembangunan, melalui NKRA sejumlah lebih RM2 Billion untuk BELB di Sabah dan RM3 bilion untuk Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah.
Bayangkanlah betapa membazirnya Kerajaan Persekutuan yang membelanjakan RM81.4 juta untuk melaksanakan Projek Sistem Solar Hibrid Fasa 2 di Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang dianugerahkan kepada syarikat bukan bumiputera dan 'Ali Baba' iaitu Usaha Serimas Sdn. Bhd sedangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut menyertai tender berkenaan melalui TNB-ES mampu melaksanakan projek berkenaan dengan kos RM55.5 juta.
Begitu dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang membelanjakan sejumlah RM6 juta untuk Sistem Solar Hibrid di SK Sumambu di Tenom sedangkan Ahli Parlimen Tenom hanya menggunakan RM1 juta untuk penjanaan dua kali ganda bekalan elektrik di Kampung Sumambu.
KKLW dan KPM adalah dua 'Toyol Moden' yang diberi lesen untuk mencuri di dalam Kabinet Malaysia kerana semua Ahli Parlimen di Malaysia sibuk dengan hal yang remeh temeh seperti isu kapal selam, kapal ronda, NFC, PKFZ dan pelbagai skandal yang belum terbukti kebenarannya.
Apa yang mampu dilakukan oleh 60 ADUN di Sabah? Memandangkan Kabinet Sabah telah memutuskan untuk tidak meluluskan sebarang Pusat Pelupusan Plumbum di Sabah, maka mereka terkedu dan membisu seribu bahasa; sekalipun mendengar keluhan daripada ibu bapa di luar bandar yang mula menyedari bahaya bateri asid plumbum kepada anak-anak mereka.
Sikap membisu 60 ADUN dan 25 Ahli Parlimen dari Sabah membuktikan bahawa 'nyawa' kanak-kanak di Sabah tidak bernilai kepada mereka, terutama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang tidak berhati perut kerana masih degil dan bebal untuk menghapuskan penggunaan bateri asid plumbum kerana berada di bawah cengkaman 'Cartel Antarabangsa' yang menguasai pasaran bateri berkenaan.
Mungkin kerana bateri asid plumbum adalah pembunuh senyap, maka mereka mengabaikan isu terpenting ini, seolah-olah tidak mengetahui jangka hayat plumbum satu juta tahun; sekaligus mendedahkan keturunan mereka sebagai mangsa seterusnya, tanpa sedikitpun belas ehsan.
KKLW menggunakan 'akal pendek' penduduk luar bandar yang menganggap kerajaan sebagai penyelamat mereka sedangkan mereka tidak sedar bahawa Projek BELB yang menggunakan Sistem Solar Hibrid adalah pembunuh generasi mereka dan sekaligus merompak kebahagiaan dan kedamaian kampung mereka selama ini.
Kesemua Ahli Parlimen Malaysia terpukau ketika isu BELB untuk Tambisan Darat dibahaskan di Parlimen kerana tidak ada yang mempersoalkan kos untuk membekalkan Elektrik Solar Hibrid di Tambisan RM130,000 sedangkan SESB boleh menawarkan kemudahan Grid dengan harga RM50,000 bagi sebuah rumah.
Hanya orang gila sahaja yang tidak boleh membuat perbandingan apa yang boleh dibuat dengan RM130,000 di Tambisan; sedangkan kos untuk membina sebuah rumah bungalow RM1 juta di Kuala Lumpur hanya menelan belanja tidak sampai RM100,000 di Tambisan; termasuk bekalan air dan elektrik.
Mungkinkah kerana Tambisan adalah Kampung Kelahiran TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, maka KKLW mengutamakan kampung berkenaan yang tercicir sejak 48 tahun lalu? Mungkin tidak. Tetapi ada alasan terbaik Menteri KKLW menerima Pingat tertinggi Kerajaan Negeri Sabah (S.P.D.K) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'?
Setelah lebih RM2 billion dibelanjakan untuk BELB di Sabah, Sekolah Agama Rakyat di Klias Beaufort masih belum mendapat bekalan elektrik sehingga memaksa ADUN Klias, Datuk Azizah Mohd Dun mengeluarkan sedikit peruntukan ADUN untuk memastikan tidak ada rakyat yang tercicir daripada kecuaian NKRA.
Sampai bilakah isu bateri asid plumbum ini akan diselesaikan? Mungkin alam mula bosan dengan kita yang tidak mengenal dosa-dosa. Mari kita tanya kepada rumput yang bergoyang atau tanya kepada TOYOL yang semakin rakus mencuri di waktu siang! - Sabahkini
No comments:
Post a Comment