Wednesday, February 8, 2012

Ni "Bapak" Yahudi

'Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'
Feb 8, 2012 Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin , dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

NONEChegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Mikini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular