USNO yang masih menunggu kelulusan pendaftarannya dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah menandatangani satu memorandum persafahaman dengan Parti STAR bagi menghadapi pilihanraya umum Ke-13 di Majlis Rapat Umum Parti yang diadakan di Pekan Semporna baru-baru ini dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong bertempat di Dewan Sulabayan, Semporna.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha meminta semua warga USNO di seluruh Sabah supaya mengundi dan memberikan sokongan kepada calon-calon STAR di kawasan KDM dan Kawasan China di negeri ini.
Badaruddin memaklumkan bahawa persafahaman di antara BajauSuluk dan KadazanDusun serta etnik lain di Sabah adalah wadah perjuangan rakyat negeri ini yang bersatu hati dan satu tujuan serta matlamat yang sama melalui cogankata '1Sabah'.
USNO akan terus meminta dan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya parti itu dapat diluluskan segera tanpa syarat. Penantian mereka yang telah masuk tahun ke lima setakat ini gagal mendapat perhatian wajar dari pihak ROS yang terus berdiam diri dan tidak memberikan jawapan rasmi tentang kedudukan permohonan parti itu, sama ada diluluskan atau ditolak.
Badaruddin memaklumkan, mereka bersedia menjadi penaja walaupun perlu menunggu 100 tahun lagi, demi generasi muda rakyat Sabah pada masa mendatang.
Badaruddin juga berkata, USNO akan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ibu negeri pada masa dan tarikh yang belum diumumkan lagi bagi memperlihatkan bahawa warga USNO serious mengenai masa depan parti itu.
Dalam ucapan balasnya, Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan menyokong penuh kewujudan parti kemerdekaan itu semula bagi memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah yang beliau lihat sangat tidak adil dan rakyat Sabah tertipu selama ini.
Jesteru itu Jeffrey meminta rakyat Sabah bijak menggunakan peluang dan masa depan mereka pada pilihanraya umum ke 13, kerana rakyat Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu kepada kepada kerajaan pusat yang dilihat dalam kedudukan nyawa-nyawa ikan, 50/50.
Jesteru itu kerjasama di antara USNO dan STAR adalah amat penting di samping bakal mewujudkan UBA (United Borneo Alliance) dengan Parti-Parti Politik dari Borneo, Badan NGO Borneo dan Suku kaum dari Borneo bagi mengelakkan sekatan beterusan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat melalui sekatan kebebasan Berpersatuan berterusan.
Deklarasi Semporna adalah Deklarasi kerjasama kaum-kaum majoriti di Sabah dan kaum-kaum minoriti lain yang diterajui oleh Bajausuluk dan KadazanDusun bagi mempertahankan hak dan masa depan rakyat negeri ini terus terjamin di dalam Persekutuan Malaysia.
Deklarasi Semporna telah ditandatangani secara rasmi oleh kedua-dua pemimpin itu di hadapan lebih 3,000 orang penyokong USNO dan 2 orang saksi dari parti masing-masing. - Sabahkini
No comments:
Post a Comment