Tuesday, February 7, 2012

DATO PA PENIPU!!!!

Baca: "RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara PERCUMA tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air"--- 
Statement Dato Pa PENIPU di Mingguan Malaysia MS19 05 Feb 2012. Harini Pengurus Besar Air Kelantan SB menafikan pemberian wang 'percuma' krn ia adalah PINJAMAN, bukannya RM600juta tetapi hanya RM500juta+ shja. Baca Harakahdaily: ( SINI ) ---- 


DAto PA TIPU: 
1. 118 Projek Kerajaan Persekutuan yang patut dibuat di Kelantan. 
2. Tipu ROYALTI Kelantan dan 
3. Tipu isu AIR KElantan, 


Dasar PENIPU!!

Pembohong Tidak Layak Menjadi Pemimpin

Dewan Pemuda PAS Negeri KelantanSaya ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 5 Februari 2012. Beliau di dalam kenyataan yang disiarkan pada hari seluruh umat Islam di dunia menyambut perayaan Maulidur Rasul itu antara lain menyatakan, “RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.

Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang dapat dilihat..”. Menurut laporan tersebut, kenyataan itu dikeluarkan oleh Mustapa ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah pada 4 Februari 2012.

Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapa itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya begitu hairan bagaimana beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang pernah mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada November tahun lepas tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas tidak benar. Samada beliau sengaja berbohong atau mendapat maklumat yang salah? Sebagai seorang Menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah, justeru jika beliau berbohong, layakkah seorang pembohong ditabalkan menjadi pemimpin.

Perlulah diingatkan, pinjaman RM600 juta yang dijanjikan kepada Kelantan itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Pada peringkat awalnya, caj kadar faedah dikenakan sebanyak 2 peratus bersama-sama negeri Terengganu yang pada masa itu berada di bawah penguasaan PAS. Semenjak tahun 2004 apabila UMNO kembali menguasai negeri Terengganu, caj kadar faedah terhadap Terengganu telah dimansuhkan. Pemansuhan ini sekaligus melibatkan negeri Kelantan. Sekalipun caj kadar faedah dimansuhkan, ia tetap merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Dan pinjaman yang perlu dibayar amat bertentangan maknanya dengan ‘pemberian percuma’ seperti yang didakwa oleh Mustapa.

Selain itu, pinjaman tersebut bukannya diberikan sekaligus bahkan diluluskan di bawah tiga Rancangan Malaysia (RMK) iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta) menjadikan jumlah kesemuanya ialah RM547 juta, sedangkan yang dijanjikan ialah sebanyak RM600 juta.

Justeru, amat jelas bahawa Mustapa yang merupakan pemimpin nombor satu UMNO Negeri Kelantan pada hari ini merupakan seorang pembohong yang nyata. Adakah rakyat Kelantan rela melantik individu seperti ini menjadi pemimpin? Tentu rakyat masih ingat bagaimana Mustapalah orangnya yang pernah membuat pengakuan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan bahawa beliau pernah berperanan menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat. Sehingga ke hari ini, Mustapa masih belum memohon maaf terhadap rakyat Kelantan di atas kesalahannya itu.

Rakyat juga masih belum lupa bagaimana Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai pada tahun 2009 sebelum ini bertegas menyatakan bahawa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar minyak terletak di kawasan bertindih. Namun apabila dibuktikan bahawa ia termasuk di dalam kawasan perairan Kelantan, Mustapalah orangnya yang beria-ria mendapatkan wang ehsan untuk dipolitikkan demi kepentingan UMNO.

Saya ingin bertanya, pemimpin jenis apakah ini yang sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya? Justeru, saya mengira kenyataan terkini Mustapa itu sebenarnya lebih mendedahkan belang sebenar beliau yang sanggup berbohong sekalipun sedar pembohongannya tetap akan terbongkar. Sungguh benar kata pepatah, “siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong masih kekal sebagai Menteri…”

Dengan hormat,

ABDUL LATIFF BIN ABD RAHMAN,
Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 7 Februari 2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular