Sunday, February 5, 2012

FAKTA HUBUNGAN MENTERI DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN ISRAEL


Hunbungan Malaysia – Israel

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Salah Faham Sejarah

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu beragama Islam, maka mereka dilihat lebih menyokong Arab/Palestin yang majoritinya beragama Islam.

Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang Israel-Palestin.

Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hizbullah sahaja.

Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.

Israel dan Freemason

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason.

Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi.

Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason.

Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil parti PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pertemuan pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.

Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2.

Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York.

David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin – Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB.

Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini.

PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge".

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Bagaimanapun kesahihan surat ini tidak dapat disahkan.
Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.

Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.

Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.

Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel.

Era Najib Tun Razak Saham

31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel.

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia.
Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel.

Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.

Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India. Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd.

70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %). Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.

Semoga sedikit penerangan dan kenyataan ini dapat membantu anda dalam merungkai hubungan antara Malaysia dan Israel. - REALLY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular